Kejadian seorang rider penghantar makanan dipukul pengawal keselamatan pangsapuri menggunakan senjata cota baru-baru ini sebenarnya berpunca daripada lelaki tersebut yang bertindak menumbuk salah seorang daripada mereka.

Difahamkan, insiden pergaduhan di antara penghantar makanan dan pengawal keselamatan berkenaan berlaku di pangsapuri Menara U2, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor.

Seorang lelaki, Shahrul Mohd berkongsikan kejadian sebenar itu di halaman Facebook GrabFood Rider Malaysia pada Ahad.

“Kejadian sebenar yang berlaku di Menara U2, rider makanan mula dulu. Dia tumbuk guard Nepal.

“Padan la rider kena pukul dengan cota,” tulisnya.

Melalui rakaman berkenaan, kelihatan rider tersebut pada mulanya dilihat cuba bergaduh mulut dengan salah seorang daripada pengawal keselamatan berbaju merah sebelum dia melepaskan satu tumbukan.

Kejadian menjadi semakin tegang, apabila pengawal tersebut mengambil sebatang cota dan terus memukulnya di kepala.

Video berdurasi 41 saat itu pada mulanya tular di TikTok milik @mohdasri8779 namun sudah dipadamkan dan dimuat naik semua di platform sosial media yang lain.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberikan pendapat yang berbeza.

Seorang pengguna Facebook, Mat Yon berasakan penghantar makanan itu berkemungkinan mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati sehingga pengawal itu hilang sabar.

“Rasanya rider ini yang trigger guard itu sampai guard tu cakap benda-benda yang buat rider ni naik tangan.

“Aku selalu bawa anak aku mandi kolam dekat atas itu sebab adik aku tinggal kat situ, so far ok saja guard itu especially yang pakai vest hijau kurus tu. Baju merah ini tak silap aku macam level atas sikit dari yg pakai vest kat situ,” katanya.

Ahmad Farid pula menyokong tindakan pengawal keselamatan tersebut kerana mempertahankan diri mereka.

“Dah agak dah. Mustahil guard angkat tangan melainkan kau yang angkat tangan dulu,” katanya.

Sementara itu,Apai Chiangberkata, pergaduhan di antara rider dan pengawal keselamatan itu sudah diselesaikan tanpa melibatkan pihak berkuasa.

“Patut settle cara baik, rupanya dia (rider) yang mulakan dulu. Dia ‘goyang’ la tu kena pergi balai,” tulisnya sambil menunjukkan emoji ketawa.

Setakat berita ini ditulis, belum ada kenyataan media dikeluarkan pihak pengurusan pangsapuri berkenaan dan pihak berkuasa.

Sumber: Majoriti

 

Baca Juga: Bergaduh Di Padang Bola, 5 Lelaki Ditahan Polis

Lima lelaki ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam kejadian pergaduhan yang melibatkan dua pasukan bola sepak di sebuah padang bola di Saujana Putra, Kuala Langat malam tadi.

bergaduh di padang bola

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor@Saleh berkata pihaknya menerima laporan pada 12.30 pagi dari seorang lelaki yang mendakwa telah dipukul semasa berlaku pergaduhan di padang bola.

“Polis pada hari yang sama telah mengesan satu video berdurasi 58 saat yang dimuat naik di media sosial mengenai kejadian itu.

“Kejadian berpunca disebabkan pihak pasukan lawan tidak berpuas hati dengan keputusan perlawanan,” katanya dalam kenyataan.

Ahmad Ridhwan berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat pada 2 pagi membuat tangkapan lima lelaki di sekitar Banting.

Difahamkan dalam tangkapan tersebut, polis turut merampas lima buah telefon bimbit berserta kad sim.

“Pihak polis juga telah mengenal pasti beberapa orang suspek yang terlibat dan usaha mengesan serta menangkap suspek giat dijalankan.

“Kesemua suspek yang ditangkap adalah lelaki berumur 20 tahun hingga 25 tahun dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Menurut Ahmad Ridhwan suspek telah direman satu hari dan ditahan di Lokap Balai Polis Banting IPD Kuala Langat,” ujaranya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan iaitu melakukan kesalahan merusuh yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabtikan kesalahan.

Sumber: KMN

 

Share.

Leave A Reply