Isu penderaan rumah tangga kerap berlaku kebelakangan ini dan masalah itu sering dihadapi khususnya melibatkan kaum wanita.

Meskipun perbuatan itu dianggap sebagai satu kesalahan besar di sisi undang-undang, ia masih gagal dibendung apabila kita sering dikhabarkan dengan berita penderaan isteri yang menjadi mangsa dera insan bergelar suami.

Situasi itu boleh digambarkan menerusi video tular di laman media yang memaparkan seorang lelaki dilihat memukul isterinya berulang kali akibat pergaduhan rumah tangga.

Suspek yang dikenali sebagai Raphael Abatey didakwa telah membelasah dan menghentak kepala isterinya dengan pintu peti sejuk rumahnya tanpa belas kasihan.

Tersentak dengan perbuatan lelaki tersebut, si perakam video turut menjerit ketakutan dan meminta tertuduh untuk menghentikan perbuatan kejam itu.

Namun, usaha itu nyata tidak membuahkan hasil apabila suspek dilihat terus bertindak ganas dan mendera mangsa tanpa henti.

Dikongsikan di laman Instagram, rakaman itu hangat diperkatakan dan dihujani pelbagai tohmahan serta kecaman ramai.

“Kejam suami dia, apa yang isteri dia buat sampai sanggup bertindak kasar macam itu sekali,” kata kweku.davinci.

“Kaum wanita perlu belajar untuk meninggalkan segala ancaman ataupun bahaya yang dihadapi, termasuklah hubungan dengan suami, kalau tidak bahagia terus berpisah dan jangan menyiksa diri,” jelas thereal.mums.

“Mana hilangnya sifat penyayang seorang suami, kejam sangat sampai sanggup dera isteri seperti binatang, harap dia dipenjarakan oleh polis segera,” tambah emmanuelkafui.

Insiden itu telah mendapat perhatian pihak polis dan satu siasatan sedang dijalankan berhubung kes berkenaan.

Sumber: Majoriti

 

Baca Juga: Suami Dayus, Cucuh Puntung Rokok Pada Isteri Dipenjara 9 Tahun

Perbuatan kejam seorang penganggur mencederakan isteri dan dua anaknya kerana berang tidak dibelikan rokok, terbalas apabila dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun atas empat pertuduhan dalam prosiding berasingan di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini, hari ini.

Tertuduh, Rony Abraham, 37, yang berketurunan Filipina dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah terhadap semua pertuduhan pada sebutan semula kes itu hari ini.

Di Mahkamah Sesyen, tertuduh dijatuhi hukuman penjara tiga tahun atas kesalahan menyebabkan kecederaan terhadap isterinya, Nazifah Mohd Salleh, 38, dengan mencucuh puntung rokok di lengan kanan dan di tepi mata sebelah kirinya di rumah mereka di Bukit Tempayan, Tanjung Kling pada 17 Oktober lalu, antara jam 7 pagi hingga 11 pagi.

Dia didakwa melakukan kesalahan Seksyen 324 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326 A kanun sama, sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua hukuman itu.

Hakim Mohd Sabri Ismail menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 23 Oktober lalu dengan menimbangkan fakta kes, rayuan dan hujah pendakwaan.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon hukuman ringan atas alasan dia kurang kesedaran ketika kejadian akibat penyakit sawan dihidapinya selain masih berkahwin dan anak-anak masih kecil.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nazrin Ali Rahim bagaimanapun memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh atas kesalahan dilakukan.

Katanya, laporan psikiatri menunjukkan tertuduh faham sifat dan akibat perbuatannya selain mempunyai sejarah penggunaan barang terlarang.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret, tertuduh turut mengaku bersalah atas tiga lagi pertuduhan mencederakan isterinya dengan cara memukul pipi kiri dan seluruh badan dengan menggunakan tangan.

Bagi kesalahan itu dia dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326 A kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika disabitkan.

Sumber: KMN

Share.

Leave A Reply