(Video) Syok Buat Aksi ‘Superman’, Dua Penunggang Motosikal Dicekup Polis | Dua penunggang motosikal ditahan selepas aksi mereka menunggang secara berbahaya dengan melakukan aksi Superman di Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) berhampiran susur persimpangan Ampangan di sini, tular di media sosial.

(Video) Syok Buat Aksi 'Superman', Dua Penunggang Motosikal Dicekup Polis

Kedua-dua lelaki berusia 16 dan 20 tahun itu ditahan polis masing-masing di Taman Matahari Indah dan Taman Bandar Senawang di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, mereka ditahan susulan video berdurasi 12 saat memaparkan aksi mereka tular sejak dua hari yang lalu.

“Video itu memaparkan suspek menunggang sambil meniarap di atas tempat duduk ala Superman dan menunggang secara zig-zag.

“Aksi itu bukan saja berbahaya kepada diri sendiri tetapi juga pengguna jalan raya lain,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, berdasarkan rakaman video berkenaan, kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira jam 5.30 petang yang mana suspek dipercayai dari arah Bukit Berembun, Jalan Pantai menghala ke arah Senawang.

Katanya, suspek dibawa ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seremban untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber : Inforoadblock

Share.

Leave A Reply