Video Tular Halang Petugas Kesihatan. 3 Lelaki Ditahan Polis. | Satu video menjadi tular di media sosial. Di dalam video tersebut menunjukkan beberapa petugas kesihatan dihalang oleh beberapa orang lelaki ketika melanjalankan tugas mengambil seorang wanita untuk dihantar ke hospital.Dilaporkan, ketika membawa pesakit ke dalam ambulans, tiba-tiba terdapat seorang individu menyerang pemandu ambulans kenderaa. baca selanjutnya.

KUALA SELANGOR – Polis menahan tiga lelaki disyaki menghalang penjawat awam menjalankan tugas semasa melakukan bantuan kecemasan terhadap seorang wanita yang mengalami kecederaan di hadapan sebuah pasar raya di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, lelaki berusia 17, 21, dan 35 tahun itu ditahan pada Rabu bagi membantu siasatan lanjut.

Menurutnya, pihak Hospital Tanjong Karang menerima panggilan jam 8.40 malam berhubung kejadian seorang wanita dilaporkan cedera di sebuah pasar raya.

“Petugas kesihatan yang tiba jam 9 malam di tempat kejadian mendapati seorang perempuan cedera, namun semasa membawa pesakit ke dalam ambulans, terdapat individu telah menyerang pemandu kesihatan terbabit,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sehubungan itu, katanya, seorang penolong pegawai perubatan berada di tempat kejadian telah membuat laporan polis mengenai kejadian itu pada Rabu.

“Susulan laporan itu, polis telah menahan tiga lelaki pada hari sama laporan itu dibuat bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

“Polis menasihatkan orang awam tidak menghalang mana-mana penjawat awam semasa menjalankan tugas,” kata beliau.

Sebelum ini, tular video berdurasi 32 saat memaparkan kekecohan dan pertengkaran membabitkan beberapa individu dan penjawat awam di sebuah pasar raya di sini.

Sumber : SH

 

 

 

ARTIKEL MENARIK UNTUK DIBACA

2 Lelaki Ditahan Polis Kerana Sebar Kertas Undi Pos.

Dua orang lelaki ditahan Polis di atas kesalan menyebarkan kertas undi pos masing-masing menerusi aplikasi whatsApp. baca selanjutnya.

KOTA BHARU – Polis Kelantan menahan dua lelaki selepas disyaki menyebarkan kertas undi pos masing-masing menerusi aplikasi WhatsApp dalam kejadian di Gua Musang pada malam Selasa.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, suspek pertama berumur 20-an ditahan pada jam 11.30 malam, manakala suspek kedua berumur 50-an pada jam 2 pagi.

Menurutnya, kedua-dua suspek ditahan reman selama tiga hari bermula Rabu hingga 11 November bagi membantu siasatan.

“Tindakan itu penting bagi memberi peringatan kepada orang ramai agar tidak sewenang-wenangnya menyebarkan maklumat berkaitan kerahsiaan undi yang boleh mengganggu proses pilihan raya,” katanya ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan pada Rabu.

Muhamad Zaki berkata, polis Kelantan turut menerima dua lagi laporan lain iaitu berhubung kelulusan akademik seorang calon di Pengkalan Chepa serta kes khianat merosakkan bendera parti di Bachok.

“Bagi kes melibatkan kelulusan akademik siasatan dijalankan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Kes merosakkan bendera pula disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan atas kesalahan khianat,” katanya.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Muhamad Zaki berkata, pihaknya menerima 1,120 anggota dan pegawai tambahan dari Bukit Aman bagi melancarkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di negeri ini.

“Setakat ini, kita mempunyai lebih 4,000 kekuatan anggota dan pegawai bagi menjalankan pemantauan di sekitar negeri ini. Saya kira tambahan anggota ini mencukupi untuk menambah kekuatan yang ada.

“Kita akan lihat di setiap Parlimen jika ia mempunyai lebih dari satu saluran kita akan hantar lebih anggota ke kawasan yang diperlukan,” katanya.

Share.

Leave A Reply