(Video) Tular Punggah Roti Benggali Tanpa Bungkusan, Netizen Pertikai Tahap Kebersihan

| December 1, 2020 | 0 Comments

(Video) Tular Punggah Roti Benggali Tanpa Bungkusan, Netizen Pertikai Tahap Kebersihan | George Town – Tindakan dua lelaki memindahkan roti benggali daripada sebuah lori ke dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) menimbulkan rasa kurang senang orang ramai selepas video yang memaparkan tindakan itu tular di media sosial hari ini.

Difahamkan kejadian itu berlaku di negeri ini berdasarkan nombor pendaftaran lori tersebut dan loghat Utara yang digunakan oleh seorang wanita yang membuat rakaman.

Bagaimanapun, lokasi sebenar dan waktu kejadian itu tidak dapat dipastikan.

Menerusi video berdurasi kira-kira 52 saat itu, wanita terbabit membuat ulasan bahawa kedua-dua mereka sedang memindahkan roti tanpa bungkusan dan sebarang pelapik.

Sementara itu, rakaman tersebut memaparkan lelaki yang berbaju putih dan biru itu memunggah roti daripada bakul di atas lori ke dalam MPV melalui but dan pintu sebelah kanan penumpang.

Roti-roti berkenaan dilihat disusun seperti kotak pada ruang but MPV berwarna putih dalam keadaan tergesa-gesa.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada kedua-dua lelaki itu adalah pekerja syarikat pembuatan roti atau pembelinya.

Setakat ini, Kosmo! belum menerima pengesahan daripada pihak berkuasa berhubung kejadian itu.

Sumber : Kosmo

Tags: , , , , ,

Category: MAKANAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *