Myvi

Video Tular Sekumpulan Penunggang Motosikal Mengepung Kereta Myvi. Ini Cerita Sebenar.

“Salah seorang daripada mereka bertanya sama ada mangsa dan rakannya anggota polis”


 

SERDANG – Seorang pemandu Perodua Myvi berusia 52 tahun terpaksa beredar. Kerana takut selepas didatangi sekumpulan penunggang motosikal ketika berhenti di bahu jalan berhampiran Plaza Tol Puchong Batu 13, pada Ahad.

Rakaman berdurasi seminit yang tular di Facebook itu. Menunjukkan kereta Perodua Myvi yang dipandu mangsa yang juga pengawal keselamatan dikejar sekumpulan penunggang motosikal. Salah seorang daripada mereka bertindak menendang kenderaan itu sehingga mengalami kerosakan.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata. Ketika kejadian kira-kira jam 4 pagi itu. Mangsa berhenti untuk membuat panggilan telefon sebelum dihampiri sekumpulan penunggang motosikal.

“Salah seorang daripada mereka bertanya sama ada mangsa dan rakannya anggota polis.

“Pengadu terus beredar dan mendapati sekumpulan penunggang motosikal mengekori serta meminta kenderaan itu berhenti. Disebabkan takut, mangsa terus memandu sehingga keretanya ditendang,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Muhamad Farid berkata, bertindak atas maklumat seramai sembilan lelaki berusia 13 hingga 21 tahun ditahan pada Ahad dan Isnin bagi membantu siasatan.

“Enam orang daripada individu yang ditahan merupakan suspek dibawah umur.

“Permohonan reman kesemua suspek di Mahkamah Petaling Jaya pada Selasa telah membenarkan tahanan reman selama empat hari sehingga Jumaat,” katanya.

Beliau berkata, turut dirampas tiga buah motosikal yang digunakan semasa kejadian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 279 / 427 Kanun Keseksaan,” katanya.

LAPORAN TERDAHULU

Seramai sembilan lelaki ditahan bagi membantu siasatan. Berkaitan kes 20 penunggang motosikal yang bertindak ganas mengepung, menumbuk dan menendang sebuah kereta Perodua Myvi berhampiran Plaza Tol Batu 13 di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata. Kesemua individu berusia 17 hingga 21 tahun itu ditahan di Puchong dan Shah Alam.

“Kita turut merampas tiga buah motosikal. Kesemua individu itu akan dibawa ke mahkamah hari ini untuk permohonan reman bagi membantu siasatan,” katanya Salam kenyataan pada Selasa.

Pada Isnin, media melaporkan polis memburu 20 penunggang motosikal yang disyaki terbabit dalam insiden itu.

Dalam insiden cemas itu, pemandu kereta terbabit, seorang pengawal keselamatan berusia 52 tahun, terpaksa menahan detik ketakutan apabila dikepung kumpulan samseng jalanan berkenaan.

Muhamad Farid dilaporkan berkata, mangsa tampil membuat laporan polis sejurus selepas kejadian kira-kira jam 4 pagi itu.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 427 dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan.

Menerusi rakaman berdurasi 29 saat itu, kereta dipandu pengadu dikelilingi sekumpulan penunggang motosikal.

Dalam rakaman itu, motosikal dilihat bergerak rapat di kedua-dua sisi dan hadapan kereta seolah-olah cuba mengepung serta menghalang laluan kenderaan berkenaan.

Seorang daripada penunggang motosikal turut dilihat menumbuk cermin bahagian pemandu sebelum menendang pintu di bahagian sama, menyebabkan pemandu memperlahankan kereta bagi mengelak insiden lebih buruk.

@bharianmy Polis siasat video tular pemandu Myvi diancam kumpulan penunggang motosikal #BeritaDiTiktok ♬ original sound – Berita Harian

Sumber : SH

Share.
Leave A Reply