Zara Qairina

Saksi Dedahkan Apa Yg Berlaku Sebelum Zara Ditemui Tidak Sedarkan Diri.

“Saksi ini memberitahu mahkamah bahawa Zara Qairina dipanggil untuk dua kes kecurian kehilangan dompet”

 


 

KOTA KINABALU: Seorang saksi kanak-kanak dalam inkues kematian Allahyarham Zara. Mengesahkan mengetahui punca Allahyarham ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asramanya pada awal pagi 16 Julai lalu.

Peguam mewakili ibu arwah berkata. Saksi kanak-kanak keenam yang juga saksi ke-14 inkues itu merasakan arwah Zara Qairina dituduh mencuri sebagai sebab kejadian itu.

Ibu arwah diwakili peguam Shahlan Jufri, Rizwandean M Borhan, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh. Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Farrah Nasser dan Elhanan James.

Saksi itu menceritakan apa yang berlaku pada malam 15 Julai lalu. Iaitu sebelum arwah ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama.

MASUK JUMPA PELAJAR SENIOR

Dalam keterangannya. Kanak-kanak berkenaan melihat arwah Zara Qairina masuk ke bilik asramanya pada jam 10.20 malam untuk berjumpa seorang pelajar senior.

“Saksi ini memberitahu mahkamah bahawa Zara Qairina dipanggil untuk dua kes kecurian kehilangan dompet. Saksi terdengar perbualan isu kecurian disebut, namun tidak jelas.

“Beberapa ketika kemudian, empat senior termasuk dua yang dikenali pelajar tersebut masuk ke ‘dorm’ untuk berjumpa Zara Qairina. Saksi mendengar suara kuat seperti memarahi Zara Qairina. Tetapi tidak dapat pastikan siapa yang bercakap,” katanya.

Peguam ibu arwah berkata. Saksi yang sama memberi keterangan bahawa dia tahu siapa yang memarahi Zara Qairina pada malam itu dan menyatakan dia tidak mahu melayan kejadian seperti itu.

“Saksi juga memberitahu tidak pernah nampak Zara Qairina lepak atau ke dorm itu sebelum ini,” katanya.

KELUAR DLM KEADAAN MENANGIS

Sementara itu, katanya saksi menyatakan bahawa Zara Qairina keluar dari bilik asramanya dalam keadaan menangis pada kira-kira jam 11 malam.

“Itu adalah kali terakhir saksi melihat Zara pada malam kejadian. Saksi juga berkata dia ada menghantar surat privasi Zara Qairina ke ‘dorm’ pelajar itu dan ada pelajar yang juga menjadi saksi dan ahli ‘dorm’ menerima surat tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, Koroner Amir Shah Amir Hassan, katanya juga ada bertanya beberapa soalan kepada saksi iaitu mengenai penyerahan sepucuk surat daripada saksi itu kepada pelajar yang juga ahli ‘dorm’ arwah Zara.

Dalam pada itu, prosiding inkues di Mahkamah Koroner hari ini menyaksikan pasukan peguam turut mengemukakan pelan lakar tiga dan dua dimensi (3D dan 2D) kepada semua pihak.

Peguam mewakili ibu arwah, berkata, pelan itu tidak mengikut skala sebenar dan menggunakan bahan bukti gambar serta maklumat sedia ada untuk memberikan gambar visual bilik ‘dorm’ keseluruhan di asrama arwah.

“Pelan ini disediakan untuk membantu saksi kanak-kanak sebagai rujukan serta membolehkan pihak mahkamah mengenal pasti lokasi pelajar ketika waktu material kejadian,” katanya.

Selain itu, katanya Mahkamah Koroner tidak akan bersidang pada 1 hingga 6 Oktober ini dan disambung semula bermula pada 7 Oktober sehingga habis prosiding.

Sumber : BH

Share.
Leave A Reply