Zara Qairina

Saksi Dedah 4 Pelajar Senior Marah Zara Dengan Perkataan Kesat.

“saksi kanak-kanak berkenaan turut mendengar ungkapan kata-kata kesat, iaitu ‘sial'”


 

Kota Kinabalu: Mahkamah Koroner di sini diberitahu bahawa. Seorang saksi kanak-kanak melihat empat pelajar senior memasuki bilik yang diduduki Allahyarham Zara Qairina Mahathir pada malam 15 Julai lalu.

Saksi ke-15 inkues kematian Zara Qairina itu memaklumkan. Arwah tiba di bilik berkenaan terlebih dahulu sekitar jam 10.20 malam.

Peguam yang mewakili saksi kanak-kanak, Joan Goh, berkata. Saksi ketujuh kanak-kanak itu ternampak seorang pelajar senior berbual dengan arwah sebelum empat lagi pelajar lain masuk ke bilik berkenaan.

“Pada 15 Julai 2025, jam lebih kurang 10.20 malam. Saksi berkata Zara datang ke bilik dan minta izin masuk. Dia nampak seorang pelajar senior bercakap dengan Zara dan dengar sikit-sikit.

“Kemudian dia lihat empat senior masuk ke dalam bilik dengan seorang pelajar senior marah Zara kuat-kuat sambil berteriak. Manakala seorang senior lagi hanya tegur Zara sahaja,” katanya selepas selesai prosiding di Mahkamah Koroner hari ini.

Joan berkata, ketika itu, saksi kanak-kanak berkenaan turut mendengar ungkapan kata-kata kesat, iaitu ‘sial’.

Katanya, saksi kanak-kanak itu juga menjelaskan bahawa ketika arwah Zara Qairina ke bilik berkenaan. Rakan bilik Zara memeriksa almarinya dan terjumpa bendera milik pelajar senior dan ia dikatakan punca pelajar senior itu marah pada malam berkenaan.

Selain itu, katanya saksi berkenaan tidak pernah nampak Zara diganggu oleh mana-mana pelajar. Tetapi tidak tahu sama ada arwah Zara Qairina pernah melakukan perbuatan yang melanggar peraturan asrama.

Dalam keterangan saksi berkenaan, Joan berkata, dia mengaku mengenali arwah Zara Qairina tetapi tidak rapat kerana mereka berlainan kelas.

“Saksi menyifatkan Zara seorang yang ceria, tapi tidak tahu sama ada Zara pernah kena buli, kena dera atau kena pukul semasa berada di sekolah ataupun asrama,” katanya.

Saksi berkenaan selesai memberi keterangan pada jam 2.15 petang sebelum disambung seorang lagi saksi kanak-kanak, selaku saksi ke-16 inkues yang juga saksi kelapan kanak-kanak.

Sumber : HM

Share.
Leave A Reply