“Saksi Dedah Rahsia: Zara Qairina Dibenci Kerana Catat Nama Pelajar Tak Solat Jemaah”
“Hanya kerana catat nama tak solat jemaah… Zara Qairina dibenci rakan sendiri. Malam terakhirnya penuh misteri. 😔”
KOTA KINABALU: Seorang saksi memberitahu Mahkamah Koroner bahawa ada pelajar tidak menyukai Allahyarham Zara Qairina Mahathir. Kerana arwah mencatat nama mereka yang tidak solat berjemaah di musolla sekolah.
Peguam mewakili ibu arwah, Rizwandean M Borhan, berkata. Saksi kanak-kanak ketujuh itu mengenali arwah sebagai seorang pelajar yang ceria, suka bercakap dan menegur pelajar lain secara baik.
“Saksi menyatakan kadang-kadang bercakap dan bertegur bila berjumpa dengan arwah. Dan saksi tahu arwah bercita-cita menjadi angota ‘BADAR’ (Badan Dakwah dan Rohani).
“Namun saksi berkata ada juga pelajar macam tidak suka perwatakan arwah. Kebanyakan pelajar lain tidak suka kerana Zara Qairina mencatat nama pelajar yang tidak solat jemaah di musolla,”. Katanya kepada media selepas selesai prosiding inkues kematian arwah .
Rizwandean berkata saksi juga mengatakan Zara Qairina menganggap seorang pelajar senior seperti kakaknya sendiri dan memberitahunya bahawa pelajar terbabit senior kegemarannya.
Katanya, saksi juga bercerita mengenai apa berlaku pada malam 15 Julai lalu apabila menyedari arwah mengetuk pintu bilik asramanya kira-kira jam 10.20 malam.
“Zara Qairina ketuk pintu ‘dorm’ saksi ini. Bagi salam dan meminta izin untuk masuk ke ‘dorm’ tersebut. Pada mulanya Zara Qairina berjumpa dengan seorang pelajar di ‘dorm’ itu.
“Perjumpaan itu mengenai kes kecurian barang seorang pelajar ‘dorm’ tersebut. Saksi ini mengatakan pada masa perjumpaan itu, arwah berada dalam keadaan takut.
“Kemudian ada empat pelajar masuk ke dalam ‘dorm’ tersebut dan terus ke tempat arwah yang sedang duduk bersila di lantai,” katanya.
Beliau berkata, saksi berkenaan mengatakan keadaan pelajar yang memarahi arwah pada masa itu garang. Dan ahli ‘dorm’ yang ada pada masa itu tidak berani menenangkan Zara Qairina ketika arwah menangis.
Saksi kes berkenaan selesai memberi keterangan sebelum disambung saksi kelapan petang tadi, namun saksi baharu kanak-kanak itu akan menyambung keterangannya pada 7 Oktober depan.
Semoga keadilan Kes ini akan tertegak.
Sumber : BH




