SEORANG wanita yang didakwa merampas suami orang dijatuhi hukuman sebatan depan khalayak ramai di Aceh, Indonesia baru-baru ini.
Ketika kejadian, wanita berhijab itu dilihat duduk bersila di atas sebuah pentas yang besar sambil disaksikan beberapa penduduk kampung dan orang kenamaan di kawasan terbabit.
Pegawai Penguatkuasa Polis dan Pejabat Peguam Negara serta beberapa lagi pegawai kerajaan yang lain turut kelihatan di atas pentas dan insiden itu dirakamkan menerusi kamera telefon bimbit.
Menurut seorang pegawai dari Pejabat Peguam, pelaksanaan hukuman ke atas si pelaku adalah sebanyak 24 kali sebatan.
Wanita terbabit difahamkan sepatutnya menerima 30 sebatan namun, tertuduh telah menjalani hukuman penjara selama enam bulan sebelum ini maka enam sebatan akan dikurangkan dalam hukuman tersebut.
“Sepatutnya 30 kali, tetapi disebabkan banduan itu sudah menjalani hukuman penjara enam bulan, potong enam sebatan,” kata pegawai itu.
Pegawai berkenaan kemudiannya mengarahkan petugas untuk melaksanakan hukuman itu terhadap wanita terbabit yang dikatakan telah merampas suami orang.
Hukuman sebat di Aceh merupakan undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan sebagai satu-satunya wilayah di Indonesia yang mempunyai keistimewaan dan kelainan.
Kerajaan mengenakan hukuman rotan kepada rakyat Aceh yang didapati bersalah melanggar syariat Islam khususnya pelaku zina.
Ada pihak berpendapat bahawa hukuman itu sememangnya keras namun ia merupakan satu pengajaran penting yang perlu dilaksanakan terhadap si pelaku.
“Memang nampak seperti kejam tetapi yang bersalah akan diberikan pengajaran dan ini baru hukuman manusia di dunia belum lagi bala daripada ALLAH,” kata poppysusilawati.
“Kalau ada yang kasihankan pada wanita itu, bererti mereka juga melakukan perkara terkutuk seperti itu, harus dihukum juga semuanya,” ujar sweetmanilarmagedon.
“Lelakinya juga perlu dihukum bukan hanya wanita sahaja, kedua-duanya juga bersalah dan saling melakukan perbuatan terkutuk,” tambah adam.sofjan.
Hukuman sebatan itu termaktub di dalam Hukum Kanun Aceh pada 2014 berkenaan Hukum Jinayat.
Sumber: Majoriti
Baca Juga: Padah Lakukan Hubungan Songsang, Pasangan Lelaki Ini Disebat
Padah Lakukan Hubungan Songsang, Pasangan Lelaki Ini Disebat | Banda Aceh: Sepasang gay disebat selepas didakwa melakukan hubungan songsang, yang menyalahi undang-undang Islam Aceh.
Pasangan itu disebat hampir 80 kali dan merayu hukuman itu dihentikan kerana berada dalam kesakitan tatkala pegawai syariah bertopeng melaksanakan hukuman menggunakan rotan.
Hukuman dihentikan sebentar dan lelaki itu, kedua-duanya berusia 20-an, dibenarkan minum air sebelum hukuman diteruskan.
Ibu kepada seorang pesalah lelaki pengsan apabila melihat anaknya disebat.
Pegawai hukuman awam, Heru Triwijanarko berkata, hukuman syariah adalah muktamad, tanpa mengira siapa pesalahnya.
“Pelawat juga perlu menghormati undang-undang tempatan,” katanya.
Kedua-dua lelaki itu ditahan pada November lalu di rumah sewa di mana pemilik kediaman menjumpai mereka separuh bogel di dalam bilik.
Hubungan sejenis bukan satu kesalahan di Indonesia kecuali Aceh yang menjadi satu-satunya wilayah yang melaksanakan hukuman syariah.
Di Aceh juga, hukuman sebat di khalayak ramai turut membabitkan beberapa kesalahan lain termasuk berjudi, minum alkohol dan zina.
Kumpulan hak asasi manusia menyifatkan hukuman sebat sebagai kejam dan Presiden Indonesia, Joko Widodo pernah meminta ia dihentikan.
Namun, pelaksanaannya mendapat sokongan padu daripada penduduk Aceh.
Sumber: KMN