Viral Nama Anak Dot.Com, Ini Cerita Sebenar Yang Ramai Tak Sangka

| January 5, 2021 | 0 Comments

Viral Nama Anak Dot.Com, Ini Cerita Sebenar Yang Ramai Tak Sangka | Jakarta – Tiga beradik di Indonesia menjadi tular di media sosial kerana memiliki hujung nama unik iaitu Dot.com seperti laman web di carian Internet.

Menurut laporan Tribunnews semalam, kisah adik beradik Dot.com menjadi buah mulut netizen apabila sijil kelahiran mereka bertiga dimuat naik di laman TikTok, baru-baru ini.

Nama tiga beradik dari Gersik, Jawa Timur itu dikenali sebagai Salsabila Shofwah Alamak Dot Com, Mustaghfirin Nazhmi Ramadhan Dot Com dan Daffa Fawwaz Robbani Dot Com.

Anak kedua, Ramadhan berkata nama mereka diletakkan Dot.com di hujungnya kerana ia melambangkan kenangan tersendiri buat ibu bapanya.

“Ibu bapa saya berkenalan menerusi satu laman cari jodoh Alamak.com pada 1999.

“Maka kami tiga beradik diberikan hujung nama Dot.com sebagai mengenang kisah pertemuan mereka,” katanya.

Tambah Ramadhan, sejak kecil mereka sering berdepan dengan ejekan orang kerana nama tersebut namun ia menjadi perkara biasa selepas menginjak dewasa.

“Sekarang kami berbangga dengan nama Dot.com kerana nama kami unik dan tiada pada orang lain,” ujarnya.

Sumber : Kosmo

Tags: , , , ,

Category: KELUARGA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *