Customize Consent Preferences

We use cookies to help you navigate efficiently and perform certain functions. You will find detailed information about all cookies under each consent category below.

The cookies that are categorized as "Necessary" are stored on your browser as they are essential for enabling the basic functionalities of the site. ... 

Always Active

Necessary cookies are required to enable the basic features of this site, such as providing secure log-in or adjusting your consent preferences. These cookies do not store any personally identifiable data.

No cookies to display.

Functional cookies help perform certain functionalities like sharing the content of the website on social media platforms, collecting feedback, and other third-party features.

No cookies to display.

Analytical cookies are used to understand how visitors interact with the website. These cookies help provide information on metrics such as the number of visitors, bounce rate, traffic source, etc.

No cookies to display.

Performance cookies are used to understand and analyze the key performance indexes of the website which helps in delivering a better user experience for the visitors.

No cookies to display.

Advertisement cookies are used to provide visitors with customized advertisements based on the pages you visited previously and to analyze the effectiveness of the ad campaigns.

No cookies to display.

Viral Satu Dunia Video Fawaz Dipukul Dan Diculik Selepas Pulang Dari Sekolah | Selepas kisah kematian Rayan Awran, viral pula kes penculikan seorang kanak-kanak Syria bernama Fawaz al-Qatifan. Kisah ini turut mencuri perhatian ramai pihak di media sosial selepas tersebarnya sebuah video yang menunjukkan Fawaz dipukul dan dimalukan oleh penculik sebagai pertukaran wang tebusan. Kejamnya!

Viral Satu Dunia Video Fawaz Dipukul Dan Diculik Selepas Pulang Dari Sekolah

Fawaz yang berusia lapan tahun dan berasal dari perkampungan Ibtaa di kawasan pedalaman Syria di Daraa, telah dipukul dengan dahsyat dan kejam oleh penculik yang menculiknya selepas pulang dari sekolah, empat bulan yang lalu. Pada hari Khamis yang lalu, video penderaannya itu telah disiarkan kepada umum bagi tujuan pemerasan. Menurut laporan media Syriahr.com, kawasan luar bandar Daraa mempunyai masalah keselamatan. Oleh itu, masyarakat di sana berdepan masalah kecurian, penculikan dan pemerasan.

Kes Fawaz mendapat perhatian baru-baru ini, selepas kes Rayan viral di seluruh dunia. Seorang peniaga di Daraa, merayu kepada semua pihak agar Fawaz dapat diselamatkan daripada penculik. Peniaga tersebut turut berharap orang ramai akan memberi sepenuh perhatian dan usaha untuk membantu kes Fawaz ini sama seperti kes Rayan. Ujar peniaga itu lagi, kumpulan penculik turut memeras ugut saudara-mara kanak-kanak tersebut bagi mendapatkan wang sebagai ganti pembebasannya. Catatan di Facebook mendedahkan bahawa jumlah yang diperlukan ialah 500 juta pound Syria. Dalam konteks ini, pelakon Syria, Abdul Hakim Qetaifan, mengumumkan kepimpinannya untuk membantu keluarga mangsa mengumpul wang tersebut.

Menurut Qetaifan, keluarga Fawaz memutuskan untuk mengumpul 500 juta pound tersebut asalkan anak mereka dibebaskan dengan selamat. Jelasnya lagi, dia tidak menyangka ramai individu yang bermurah hati untuk membantunya dan keluarga Fawaz bagi mengumpul wang tersebut. Pada masa yang sama, Qetaifan mengingatkan kepada semua pihak agar jangan mengambil kesempatan terhadap kes Fawaz ini.

Dalam beberapa jam akan datang, saya yakin isu ini akan diselesaikan dan Fawaz akan dibebaskan. Saya berharap kejadian kanak-kanak yang diculik ini tidak menjadi alasan bagi sesetengah pihak untuk mengutip derma.

Terdahulu, tanda pagar #SaveFawaz trending di Twitter. Rata-rata netizen berharap Fawaz akan dibebaskan dengan segera. Tambah netizen, mereka tidak sanggup lagi untuk mendengar khabar buruk mengenai kanak-kanak. Rata-rata netizen turut berdoa agar pihak berkuasa di negara berkenaan dapat menjalankan tugas dengan baik dan berjaya mengembalikan kanak-kanak tersebut kepada keluarganya.

Sumber : Oh Bulan 

Share.

Leave A Reply