“Setakat ini saya difahamkan ia sudah diselesaikan secara rundingan antara pengusaha bot dan mereka yang terbabit,” kata Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Port Dickson, Mohd Zamri Mohd Esa berhubung video tular bot pelampung berlanggar dengan sebuah bot lain, baru-baru ini.
Beliau berkata, kejadian itu memang benar berlaku di Port Dickson baru-baru ini.
“Tiada sebarang kecederaan kepada mereka yang terbabit dan tiada kes,” kata ringkas selepas dihubungi tadi.
Sebelum tular di laman sosial rakaman bot pelampung yang membawa penumpang berlanggar dengan bot lain.
Dalam kejadian itu, pengendali bot pelampung dikatakan seolah-olah tidak mempedulikan keselamatan penumpang kerana hanya berkata; “Kacau betul la…” dan “koyak kain.”
Tindakan mereka mengundang kecaman netizen yang mendakwa pengusaha lebih mementingkan keuntungan berbanding keselamatan penumpang.
Ada juga netizen yang meminta pihak berkuasa mengambil tindakan segera bukan selepas berlakunya kemalangan.
Sumber : HM