Seorang wanita di Amerika Syarikat (AS) memberitahu polis bahawa ‘syaitan’ telah menyuruhnya membakar bangunan pangsapuri yang dihuni kerana ia ‘berhantu’, lapor akbar Daily Star.

Nikea Rivera, 45, ditahan dan didakwa atas kesalahan mencetuskan kebakaran besar di rumahnya yang terletak di Dorchester, Boston pada pukul 11 pagi (waktu tempatan) Selasa lalu.

Menurut agensi berita Boston 25, Rivera mengaku bahawa dia telah memulakan kebakaran itu.

“Saya terpaksa melakukannya. Rumah itu berhantu. Saya membakar rumah itu. Syaitan menyuruh saya melakukannya, ada hantu di rumah saya,” katanya.

Rivera juga dilaporkan memberitahu seorang saksi ketika sedang berjalan meninggalkan kebakaran bahawa: “Saya minta maaf, saya terpaksa melakukannya.”

Bangunan itu mempunyai tiga tingkat. Terdapat dua orang di tingkat dua ketika kejadian yang berjaya diselamatkan oleh anggota kecemasan menggunakan tangga, lapor akhbar New York Post.

Salah seorang daripada mangsa kini dirawat di hospital tempatan kerana terhidu asap.

Imej dari lokasi kejadian memaparkan keadaan tingkap yang pecah dan sebahagian rumah hangus sepenuhnya.

Menurut Peguam Daerah, Kevin Hayden, Rivera telah dihadapkan ke mahkamah pada Selasa lalu dan akan kembali dibicarakan pada 13 Januari ini.

Hayden berkata,  seorang hakim mengarahkan Rivera untuk menjalani penilaian kesihatan mental di Pusat Pemulihan dan Hospital Worcester Jabatan Kesihatan Mental Massachusetts.

“Mujur tindakan wanita ini tidak mengakibatkan mana-mana penduduk atau responden cedera parah atau terbunuh,” ujarnya.

Sumber: Kosmo

 

SERAM! Pelajar Rakam Lembaga Dipercayai Pocong Muncul Tengah Jalan

Satu video memaparkan seorang pelajar berjaya merakamkan kelibat dipercayai sebagai pocong telah menjadi tular di media sosial Indonesia, lapor Warta Banjar.

Sosok Dipercayai Pocong

Kejadian itu dilaporkan berlaku di jalan UPT Trans Anjir, Kabupaten Pulang Pisau, Kalimantan Tengah berhadapan dengan laluan ke UPT Sekolah Menengah Trans Anjir.

Menurut laporan, kejadian itu telah dialami oleh seorang remaja lelaki bernama Perdi di kawasan Kampung Hanjak Maju, Pulang Pisau pada Selasa, 13 Disember yang lalu.

Perdi yang juga merupakan pelajar di Pulang Pisau ketika itu dikatakan sedang menyusul rakannya di kawasan tersebut.

Semasa dalam perjalanan, dia difahamkan berasa kesejukan sebelum terlihat sosok berbungkus putih tersebut.

Pelajar itu kemudiannya memberanikan dirinya untuk merakam sosok kelibat makhluk yang disangka pocong itu.

Pelajar tersebut mahu merakam kejadian berkenaan lebih lama, namun kelibat itu berpusing dan hilang di celah-celah lampu jalan yang malap.

Pelajar itu menyata bahawa kawannya gerak dulu, lepas Isyak lebih kurang jam 20.00 WIB, kemudian dia menyusul kawannya untuk perhimpunan di Trans.

Pelajar tersebut berkata bahawa entah macam mana dia merasa ada sesuatu yang pelik ketika dalam perjalanan. Kemudian dia melihat ada sosok putih yang melompat-lompat mendekatinya.

Menurut pelajar itu lagi, dia terpaksa bergerak kemudian kerana perjalanan ke tempat yang ditujunya agak jauh justeru dia solat Isyak terlebih dahulu.

Pelajar itu kata lagi disebabkan takut diejek sebagai ‘penakut tidak jadi datang sebabkan hantu’. Jadi, dia nekad untuk merakam kelibat tersebut supaya menjadi bukti yang boleh ditunjuk kepada kawan-kawannya. Dia juga merasa takut sewaktu sosok berkenaan cuba mendekatinya.

Sumber: KMN

Share.

Leave A Reply