SERAM! Pelajar Rakam Lembaga Dipercayai Pocong Muncul Tengah Jalan | Satu video memaparkan seorang pelajar berjaya merakamkan kelibat dipercayai sebagai pocong telah menjadi tular di media sosial Indonesia, lapor Warta Banjar.

Sosok Dipercayai Pocong

Kejadian itu dilaporkan berlaku di jalan UPT Trans Anjir, Kabupaten Pulang Pisau, Kalimantan Tengah berhadapan dengan laluan ke UPT Sekolah Menengah Trans Anjir.

Menurut laporan, kejadian itu telah dialami oleh seorang remaja lelaki bernama Perdi di kawasan Kampung Hanjak Maju, Pulang Pisau pada Selasa, 13 Disember yang lalu.

Perdi yang juga merupakan pelajar di Pulang Pisau ketika itu dikatakan sedang menyusul rakannya di kawasan tersebut.

Semasa dalam perjalanan, dia difahamkan berasa kesejukan sebelum terlihat sosok berbungkus putih tersebut.

Pelajar itu kemudiannya memberanikan dirinya untuk merakam sosok kelibat makhluk yang disangka pocong itu.

Pelajar tersebut mahu merakam kejadian berkenaan lebih lama, namun kelibat itu berpusing dan hilang di celah-celah lampu jalan yang malap.

Pelajar itu menyata bahawa kawannya gerak dulu, lepas Isyak lebih kurang jam 20.00 WIB, kemudian dia menyusul kawannya untuk perhimpunan di Trans.

Pelajar tersebut berkata bahawa entah macam mana dia merasa ada sesuatu yang pelik ketika dalam perjalanan. Kemudian dia melihat ada sosok putih yang melompat-lompat mendekatinya.

Menurut pelajar itu lagi, dia terpaksa bergerak kemudian kerana perjalanan ke tempat yang ditujunya agak jauh justeru dia solat Isyak terlebih dahulu.

Pelajar itu kata lagi disebabkan takut diejek sebagai ‘penakut tidak jadi datang sebabkan hantu’. Jadi, dia nekad untuk merakam kelibat tersebut supaya menjadi bukti yang boleh ditunjuk kepada kawan-kawannya. Dia juga merasa takut sewaktu sosok berkenaan cuba mendekatinya.

Sumber: Siakap Keli

 

Artikel Lain

Bekas Stesen Minyak Ini Didakwa Berhantu, Ini Ceritanya..

Bekas Stesen Minyak Ini Didakwa Berhantu, Ini Ceritanya.. | Kisah seram melibatkan bekas tapak stesen minyak terletak di Salor, Kota Bharu, Kelantan kini hangat diperkatakan di media sosial.

Terdapat dakwaan mengatakan pernah terserempak beberapa kereta singgah ke stesen minyak tinggalan itu, kelihatan seolah-olah sedang membayar untuk mengisi minyak.

Pemilik Facebook Yusal Mastura Yusoff melalui satu hantaran berkata, hakikatnya stesen minyak tersebut sudah lama menghentikan operasi.

“Memang pelik bila lalu dua tiga kali tengok orang masuk macam tengah isi minyak sedangkan ia sudah tutup. Maghrib pun ada kereta masuk parking macam nak isi minyak.

“Ada kemungkinan orang jauh, kalau dekat semua tahu dah tutup. Seriau bulu roma,” katanya.

Hantaran tersebut menerima sebanyak 5,500 perkongsian dengan 4,400 komen, malah ada juga netizen yang turut berkongsi pengalaman.

“Dua minggu lepas baru pergi. Lepas isi tengok minyak tak naik. Pusing balik nak tanya tengok tak ada orang, duit ada saja di situ.

“Selepas itu, baru perasan stesen minyak tersebut terbiar. Apa lagi, pecutlah. Mula-mula pergi ada budak lelaki jaga kaunter,” ujar Yujie Mazlina.

“Sepupu saya terbabas depan stesen Salor ini ternampak benda melintas pukul 4 pagi. Nak elak tapi tak ada pun. Balik terus demam,” cerita Syaza Liyana.

Namun, perkongsian seorang netizen boleh dikatakan merungkai kisah misteri yang dikongsi Yusal.

“Itu kereta abang ipar saya. Setiap kali balik Pasir Mas kalau anak dia bergaduh dalam kereta, dia akan berhenti situ untuk takutkan anak-anak. Tak ada yang pelik pun jangan risau. Sekian melapor,” komen Snor Farhana menerusi perkongsian tersebut.

Sumber : Kosmo

Share.

Leave A Reply