Jiran Tutup Jalan Bina Tembok Setinggi 2.5 Meter | Seorang penduduk di Kampung Beji, Daerah Boyolangu, Indonesia terperangkap selepas jirannya nekad mendirikan tembok di jalan masuk ke rumah keluarganya, lapor Detik.com.

Bina Tembok Setinggi 2.5 Meter

Ketua Kampung Khoiruddin berkata, jiran keluarga terperangkap tersebut telah menutup laluan jalan masuk itu dengan mendirikan tembok setinggi 2.5 meter.

Menurut Khoiruddin lagi, jalan masuk itu sebenarnya merupakan tanah hak milik penduduk kampung dan bukannya akses jalan oleh kerajaan.

Khoiruddin menyatakan bahawa tembok itu didirikan oleh jirannya pada waktu pagi, kerana menurutnya tanah itu hak miliknya dan dia mempunyai SHM (Sijil Hak Milik). Di sebalik tembok itu masih terdapat dua buah rumah lagi.

Akibat daripada pembinaan tembok berkenaan, dua buah rumah di sebalik dinding itu telah terhalang. Pembinaan tembok itu disyaki berlaku kerana konflik antara dua keluarga yang telah berlarutan sejak tiga tahun lalu.

Kejadian itu telah diketahui oleh kerajaan tempatan dan polis. Akhirnya mereka telah datang ke lokasi untuk menjadi orang tengah dalam konflik antara dua keluarga tersebut.

Manakala jiran yang membina tembok tersebut pada pukul 19.00 WIB telah bersetuju untuk membuka sebahagian tembok yang dibinanya itu untuk memberi akses kepada laluan. Proses rundingan akan diteruskan pada Selasa di Pejabat Kampung Beji, Daerah Boyolangu.

Sumber: Siakap Keli

 

Artikel Lain

Tembok Masjid Diconteng Dengan Cat Merah

Tembok Masjid Diconteng Dengan Cat Merah | Pihak polis sedang menjalankan siasatan berkenaan tembok pagar masjid di Taman SPPK, Pasir Puteh yang telah diconteng dengan menggunakan cat merah pada awal pagi semalam.

Tembok Masjid Diconteng Dengan Cat Merah

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, laporan kejadian itu diterima daripada seorang ahli jawatankuasa masjid berusia 60 tahun pada jam 9.07 pagi. Kejadian disedari pada jam 5.15 pagi ketika pengadu dan isteri tiba di masjid lalu mendapati terdapat tulisan cat merah ‘jangan buka bunyi terlalu kuat’ pada tembok pintu masuk utama masjid.

Ketika itu tiada kelibat individu lain di sekitar kawasan itu melainkan pengadu dan isterinya. Pengadu yang juga merupakan muazin masjid tersebut memaklumkan bahawa beliau akan memasangkan alunan bacaan ayat al-quran selama 10 minit setiap hari sebelum melaungkan azan solat subuh.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencemarkan tempat ibadat yang boleh dikenakan hukuman maksimum dua tahun penjara atau denda atau kedua-duanya.

Sumber: Berita Harian

(Ada Video) CEO BubbleBee Buktikan ‘Kualiti’ Tembok Rumah Dengan Cara Ini

(Ada Video) CEO BubbleBee Buktikan ‘Kualiti’ Tembok Rumah Dengan Cara Ini | Dalam mendapat sesebuah rumah, sudah pastinya aspek keselamatan antara yang menjadi faktor utama. Hal ini berikutan sesebuah kediaman bakal digunakan untuk kegunaan sendiri atau penyewa dalam tempoh yang panjang sekaligus mengelakkan daripada perkara tidak diingini berlaku.

Kenaikan harga rumah pada masa kini secara tidak langsung turut membuatkan para pembeli mengharapkan rumah yang dihasilkan pemaju setimpal dengan harganya serta elak daripada insiden melibatkan ‘penjimatan bahan’.

Dalam pada itu, lain ceritanya dengan video yang dikongsikan TikTok @datoismail88 yang juga merupakan CEO BubbleBee di mana beliau mendedahkan hasil tembok rumah yang dibangunkan pihak pemaju.

Meskipun rumah yang dikongsikan masih belum siap sepenuhnya, dapat dilihat tembok yang sudah disimenkan sangat mudah untuk diterbalikkan di mana hanya memerlukan seorang individu untuk menolaknya menggunakan sebelah tangan sahaja.

@datoismail88

Remuk hati

♬ Lebih Baik Pergi – Rusa Music

Perkongsian yang dilakukan nyata berjaya mendapatkan ribuan komen netizen yang mempersoalkan kualiti rumah yang dibangunkan pemaju ini. Malah, ramai yang memaklumkan ketiadaan besi sokongan untuk dijadikan tulang pada tembok yang dibangunkan antara yang membuatkan tembok tersebut mudah untuk jatuh dan dirobohkan.

Isu yang berlaku nyata merisaukan orang ramai khususnya kepada pembeli rumah yang mengharapkan rumah lain yang dibangunkan tidak menerima nasib yang sama. Malah turut terdapat netizen yang mengharapkan agar nama pemaju didedahkan. Video yang dikongsikan jelas mendapat perhatian ramai selepas meraih lebih 3 juta tontonan dan lebih 3,000 komen melibatkan kualiti tembok rumah yang dihasilkan.

SUMBER : TheVocket

Share.

Leave A Reply