Wanita Bekerja 15 Jam Sehari Demi RM50-RM80 Untuk Anak-Anak | Seorang wanita beranak empat ini sanggup bekerja selama 15 jam sehari iaitu dari pagi sehingga malam demi kelangsungan hidupnya dan anak-anak. Dia sanggup melakukan lebih daripada dua pekerjaan demi mendapatkan wang antara RM50 sehingga RM80 sehari.

Wanita Bekerja 15 Jam Sehari Demi RM50-RM80 Untuk Anak-Anak

Dia berpenat lelah bekerja demi menyara empat orang anaknya yang berusia 12,10,5 tahun dan 8 bulan. Dia akan mula bekerja dari jam 8 pagi sehingga 11 malam. Ketabahan yang ditunjukkan oleh Noorul Hafizah Roslan, 33, memberi inspirasi buat ramai orang apabila sanggup mengerah kudrat empat kerat demi sesuap nasi.

Dia akan memulakan rutin hariannya pada jam 5 pagi dengan menyediakan makanan untuk anak-anaknya sebelum keluar rumah bekerja pada jam 8 pagi untuk membersihkan serta melipat kain di rumah orang. Sekiranya ada masa lapang. dia akan melakukan kerja runner dengan menghantar dan membeli barangan yang ditempah pelanggan.

Manakala pada sebelah petang iaitu jam 5 petang sehingga 11 malam dia akan bekerja sebagai pembantu dapur di sebuah kedai makan di Temerloh. Rutin hariannya itu berlaku hampir setiap hari sebaik kaki melangkah keluar rumah dan motosikalnya menjadi teman membawanya ke mana saja destinasi diminta pelanggan.

Dia akan mengambil apa sahaja upah di sekitar Temerloh sama ada membersihkan rumah, melipat kain atau runner sebelum memulakan tugas hakiki sebagai pembantu dapur. Selain itu dia juga menjalankan perniagaan di atas talian dengan menjual produk demi menampung perbelanjaan harian.

Sekiranya ada pelanggan yang tidak kisah untuk saya pergi melipat kain di rumah mereka pada lewat malam, dia juga akan menerimanya dan bergerak ke sana sebaik sahaja habis bekerja di kedai makan pada jam 10 malam. Selagi tulang empat keratnya berdaya, dia akan usahakan demi keluarganya.

Ditanya mengenai anaknya, Noorul Hafizah berkata, tiga anaknya dijaga oleh adiknya yang tinggal berdekatan rumah manakala yang bongsu berusia lapan bulan dihantar kepada pengasuh. Dia juga amat bersyukur kerana anak-anak memahami kehidupannya dan tidak pernah merungut akan kesusahan hidup mereka.

Dia sangat memerlukan wang berikutan mempunyai komitmen untuk membayar sewa rumah, bulanan motosikal dan pengasuh anaknya. Pendapatannya juga tidak menentu, sekiranya banyak job yang masuk maka terdapatlah lebihan wang yang diterima.

Tambahnya lagi, kerja sekarang agak perlahan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terutama selepas Aidilfitri. Dia juga mengakui cuba mendapatkan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tetapi tidak diluluskan kerana dikatakan dia masih mampu untuk bekerja.

Menerusi video perkongsian TikTok yang kemudian menjadi tular itu, Noorul Hafizah berkata, diharap perkongsian itu menjadi inspirasi buat wanita lain di luar sana serta membawa rezeki untuknya.

Sumber: Harian Metro

Share.

Leave A Reply