Wanita Kelar Leher Suami Guna Parang. Ini Puncanya| Berlaku satu kejadian melibatkan seorang wanita yang juga suri rumah tangga yang dilaporkan telah membunuh suaminya akibat tidak dapat menahan marah akan tindakan suaminya di Kabupaten Rokan Hulu, Riau, Indonesia, baru-baru ini.
Menurut laporan Tribune News, suspek telah bertindak sedemikian akibat tertekan dengan mangsa yang sering menuduhnya melakukan hubungan sulit dengan lelaki lain selain mengakui bahawa dirinya telah bertindak diluar kawalan ketika kejadian berlaku.
Menurut Ketua Hal Ehwal Perhubungan Awam (Paur) Polis Daerah, Rohul Aipda serta Timbalannya, Mardiono Pasda dalam satu kenyataan, pihak polis telah mengesahkan kejadian tersebut sebagai kes pembunuhan selepas suspek dikatakan telah bertindak ‘mengelar’ leher suaminya menggunakan parang sehingga menyebabkan mangsa meninggal di tempat kejadian.
Mengulas lanjut mengenai kejadian tersebut, Mardiono menceritakan bahawa mangsa sering kali menuduh suspek telah berlaku curang terhadap dirinya dan mendakwa melihat perbualan suspek bersama lelaki lain di Facebook. Perkara tersebut secara tidak langsung telah membuatkan mangsa berasa cemburu.
Tambahnya lagi, suspek turut memberitahu pihak polis bahawa mereka sering bergaduh sehingga menyebabkan mangsa bertindak di luar kawalan.
Mengikut pernyataan suspek, dia mengakui bahawa dirinya dan mangsa sering bertengkar sehingga dipukul dan dipijak oleh mangsa.
Kini, suspek dilaporkan telah ditangkap selepas pihak polis menerima laporan yang telah dibuat oleh anggota keluarga mereka.
Sumber: Tribunal News