Wanita Kritikal, Diserang Singa Peliharaan | Seorang wanita di Mexico terpaksa menerima rawatan di hospital selepas diserang oleh seekor singa peliharaan yang meloloskan diri dari rumah pemiliknya, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Wanita tersebut, Lila Hernandez, 40, kini berada dalam keadaan kritikal selepas singa betina berusia dua tahun bernama Salome itu menyerangnya.

Singa tersebut dilaporkan turut menyerang beberapa haiwan lain di kawasan berkenaan dan membunuh sekurang-kurangnya seekor anjing sebelum menyerang Hernandez di tepi jalan pada kira-kira pukul 9.30 pagi (waktu tempatan), Selasa lalu.

Ia akhirnya ditangkap oleh pemiliknya yang menyembunyikan haiwan itu di dalam sebuah kenderaan. Dia pada mulanya enggan menyerahkan singa tersebut kepada pihak berkuasa.

Pemiliknya yang hanya dikenali sebagai Giovanni berkata, dia mempunyai semua permit yang diperlukan untuk menyimpan singa Afrika itu di rumahnya.

Dia juga mendakwa haiwan itu melarikan diri selepas rumahnya dipecah masuk oleh pencuri yang membiarkan pintu kediamannya terbuka.

Haiwan tersebut telah dipindahkan ke Taman Rodolfo Landeros yang terletak berhampiran dengan kawasan tersebut.

Susulan kejadian itu, Giovanni turut bersetuju untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi memindahkan singa secara kekal ke persekitaran lebih sesuai dan berjanji untuk menampung kos perubatan mangsa.

Sumber: Kosmo

 

Artikel Lain

Makan Tuan. Lelaki Maut Dipatuk Ular ‘King Kobra’ Peliharaan

Seorang lelaki dilaporkan maut selepas dipatuk ular tedung selar sewaktu hendak memberi makan kepada reptilia berbisa tersebut di Jawa Timur Trenggalek, Indonesia.

Makan Tuan. Lelaki Maut Dipatuk Ular 'King Kobra' Peliharaan

Memetik laporan DetikJatim, kejadian malang itu berlaku sewaktu mangsa mahu memberi makan dua ekor ular peliharaannya yang masing-masing berukuran 4.5 meter dan 2.5 meter.

Bagaimanapun, salah seekor ular berkenaan secara tiba-tiba mematuk tangan pawang itu.

Menurut salah seorang saudara mangsa, reptilia itu telah dipelihara oleh mangsa sejak lima tahun lalu.

Tambahnya, mangsa cuba meminta pertolongan dengan menghubungi kakaknya untuk datang ke rumahnya dengan segera.

Sementara itu, Ketua Polis PPK Trenggalek, Stefanus Triadi Atmono berkata, mangsa selepas itu telah dibawa ke hospital.

Katanya lagi, mangsa kemudiannya segera dikejarkan ke Hospital RSUD Dr Soedomo Trenggalek.

Dalam perjalanan ke hospital, mangsa dilaporkan tidak sedarkan diri dan menerima rawatan dengan segera sejurus tiba di hospital.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia beberapa jam kemudian dan jenazah dikebumikan pada sebelah petang oleh pihak keluarga, maklum Triadi.

Dalam pada itu, ular tersebut juga menunjukkan tanda agak ganas (tidak jinak) sewaktu pihaknya mahu memberi makan kepada reptilia itu.

Jelasnya lagi, ia sangat ganas dan tidak boleh disimpan dengan lebih lama kerana berisiko tinggi.

Sehubungan itu, pihaknya telah bekerjasama dengan Jabatan Perhutanan Jawa Timur di  Trenggalek untuk menyerahkan ular berkenaan kepada Pusat Pemuliharaan Sumber Asli (BKSDA).

Sumber: DetikJam

 

Anjing Tak Sengaja Pijak Senjata Tembak Mati Lelaki

Anjing Tak Sengaja Pijak Senjata Tembak Mati Lelaki | Anjing dipercayai menembak mati seorang lelaki di Amerika Syarikat (AS) pada hujung minggu lalu, selepas haiwan itu tidak sengaja terpijak senjata api yang diletakkan di tempat duduk belakang sebuah pikap.

Mangsa, yang duduk di tempat duduk penumpang hadapan, terkena peluru di bahagian belakangnya.

Menurut polis Kansas, ketika kejadian pada Ahad itu, lelaki berkenaan dan anjing peliharaan keluar untuk berburu.

Pejabat syerif Sumner County berkata bahawa anjing kepunyaan pemilik pikap terpijak raifal, menyebabkan tembakan dilepaskan senjata api itu.

Pegawai tidak menyatakan sama ada lelaki berusia 30 tahun yang meninggal dunia itu adalah pemilik anjing berkenaan.

Kes tembakan tidak sengaja adalah biasa di Amerika Syarikat (AS), negara di mana jumlah senjata api lebih banyak berbanding orang.

Menurut data rasmi, lebih daripada 500 orang meninggal dunia dalam insiden membabitkan senjata api sejak 2021.

Sumber: Harian Metro

Share.

Leave A Reply