Wanita Maut Kena Siram Asid Gara-Gara Dikahwin Paksa | Seorang wanita di Jawa Barat dilaporkan maut selepas dia dikatakan telah disiram ‘air keras’, sejenis asid selepas dikatakan berkahwin kerana terpaksa.
Sebelum ini, mangsa yang dikhabarkan berusia 21 tahun itu sudah tiga kali menolak pinangan suaminya sebelum akhirnya bersetuju.
Persetujuan mangsa untuk berkahwin itu didorong desakan keluarga selain suaminya juga dikhabarkan telah berulang kali melamarnya.
Bapa saudara mangsa, Rizwan Maulana berkata, mangsa kelihatan speperti ‘terpaksa’ kerana memikirkan keluarga.
Difahamkan, suspek kejadian tersebut dikatakan berasal dari Timur Tengah dan dipercayai merupakan rakan kongsi perniagaan ibu mangsa.
Menurut Rizwan, suspek sering berkunjung ke rumah mangsa namun jarang berkomunikasi kerana tidak fasih berbahasa Indonesia.
Tambahnya, walaupun sudah enam tahun menetap di Indonesia namun suspek hanya boleh berbahasa Inggeris dan Arab saja.
Katanya, selepas berkahwin mangsa dilarang keluar rumah dan membeli barang keperluan harian selain tidak dibenarkan berinteraksi dengan orang sekeliling.
Suspek bertindak sedemikian hanya selepas bernikah walaupun sebelum ini perlakuannya disenangi keluarga isteri.
Sumber: Harian Metro