Wanita Miliki Anak Lahirkan Kembar Lima | Sepasang suami isteri warga Britain dan Poland menyambut kelahiran bayi kembar lima mereka selepas sudah sudah mempunyai tujuh orang anak setakat ini, lapor akhbar Metro UK kelmarin.

Dominika dan suaminya, Vince Clarke mempunyai anak berusia 12 tahun, 10 tahun, sepasang kembar berusia tujuh tahun, sepasang kembar berusia empat tahun dan seorang bayi 10 bulan.

Lima bayi kembar yang baru dilahirkan di Hospital Universiti Krakow di Poland itu dinamakan sebagai Charles Patrick, Henry James, Elizabeth May, Evangeline Rose dan Arianna Daisy.

Kanak-kanak tersebut dilahirkan menerusi kaedah pembedahan ketika usia kandungan mencecah tujuh bulan manakala berat badan mereka adalah antara 0.7 kilogram (kg) hingga 1.39 kg.

Dominika berkata bahawa dia berasa hebat dan jauh lebih baik daripada sangkaan. Bayi-bayi itu sedang berehat dan keadaan mereka stabil. Ini adalah sesuatu yang luar biasa yang tidak dikurniakan kepada semua orang.

“Kehamilan seperti ini berlaku satu dalam 52 juta. Saya seorang ahli matematik, jadi saya suka statistik sedemikian,” kata Dominika.

Dalam tempoh 10 minggu lalu, Vince yang berasal dari bandar Carlisle, England tinggal di rumah untuk menjaga tujuh lagi anak mereka manakala Dominica kekal di bawah pemerhatian kakitangan hospital.

Hospital Universiti Krakow berkata menerusi laman Facebook: “Pada hari Ahad, 12 Februari 2023, selepas pukul 2 petang (waktu tempatan), kami mengalu-alukan kelahiran kembar lima ke dunia ini,” kata kenyataan tersebut.

Sumber: Kosmo

 

Artikel Lain

Selang 15 Minit, Seorang Ibu Lahirkan Bayi Kembar Pada Tahun 2021 & 2022

Selang 15 Minit, Seorang Ibu Lahirkan Bayi Kembar Pada Tahun 2021 & 2022 | LOS ANGELES: Bayi kembar dilahirkan 15 minit di California mempunyai hari lahir yang berbeza – seorang pada 2021 dan pasangannya pula pada 2022.

Alfredo Antonio Trujillo lahir pada jam 11.45 malam pada malam Tahun Baru di bandar Salinas.

15 minit kemudian, adiknya, Aylin Yolanda Trujillo dilahirkan pada Hari Tahun Baharu.

Pusat Perubatan Natividad, tempat bayi kembar itu dilahirkan, berkata dalam satu kenyataan minggu lalu bahawa ia adalah satu dalam dua juta peluang anak kembar dilahirkan dalam tahun yang berbeza.

“Sukar dibayangkan bagi saya bahawa mereka adalah kembar dan mempunyai hari lahir yang berbeza,” ibu bayi itu, Fatima Madrigal, dipetik sebagai berkata dalam kenyataan itu.

Dr Ana Abril Arias menyifatkan kelahiran itu sebagai “satu daripada kelahiran yang paling diingati dalam kerjaya saya.”

“Adalah suatu keseronokan untuk membantu anak-anak kecil ini tiba di sini dengan selamat pada 2021 dan 2022,” katanya.

Alfredo dilahirkan dengan berat 2.75 kilogram manakala adiknya, Aylin, pula 2.66 kilogram.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat berkata, kira-kira 120,000 bayi kembar dilahirkan setiap tahun di negara itu, mewakili kira-kira tiga peratus kelahiran. – AFP

Sumber: Berita Harian

 

‘Berangan’ pecahkan Rekod Dunia, Wanita Ini Sebenarnya Di Alam Fantasi

Seorang wanita di Afrika Selatan dituduh berfantasi kerana mengaku memecahkan rekod dunia dengan melahirkan 10 bayi dalam satu masa, walaupun tiada bukti yang menyokong dakwaannya.

'Lahir 10 Bayi' Dalam Satu Masa, Rupa-rupanya Satu Dunia Ditipu..

Mirror UK melaporkan, Gosiame Sithole mendakwa dia melahirkan kembar 10 itu pada 7 Jun 2021 di Hospital Steve Biko di Pretoria, Afrika Selatan.

Dia juga mendakwa dilarang daripada berjumpa dengan bayinya, dipaksa untuk menjalani penilaian psikiatri dan mengatakan privasinya dicabuli oleh pegawai hospital, pekerja sosial serta anggota polis.

Dalam maklum balas kepada aduan yang dibuat oleh suami wanita itu, Tebogo Tsotetsi, seorang pendakwa raya mendapati semua dakwaan berkenaan adalah karut dan rekaan semata-mata.

Selepas berita itu tersebar di seluruh dunia, ‘kembar 10 itu’ dikenali di Afrika Selatan sebagai ‘Thembisa 10’.

Tsotetsi bagaimanapun mendakwa dokumen perubatan dikongsi tanpa pengetahuan atau kelulusannya kepada media.

Dia juga mendakwa polis menahannya secara menyalahi undang-undang, dan dua anak kembar sulungnya diambil secara paksa daripada jagaannya, lapor Times Live.

Bagi menyusun laporannya setebal 57 muka surat, pendakwa raya Kholeka Gcaleka menemu bual individu yang dikatakan terbabit dalam kejadian termasuk di hospital didakwa tempat kanak-kanak itu sepatutnya dihantar.

Laporan itu menyatakan ‘Dakwaan Sithole melahirkan kembar 10 pada 7 Jun 2021 di Hospital Steve Biko dan tidak diberi peluang berjumpa bayinya adalah tidak berasas’.

Bukti menunjukkan Sithole tiada hospital berkenaan dan wanita itu juga tidak hamil.

Sumber: HM

Share.

Leave A Reply