Pasangan suami isteri mahu menyaman klinik kesuburan selepas mereka melahirkan seorang bayi lelaki sedangkan mereka hanya mahukan bayi perempuan.

saman hospital

 

Heather Wilhelm-Routenberg dan isterinya Robin (Robbie) menjalani IVF untuk cuba mendapatkan anak perempuan.

Lalu, mereka mencari klinik kesuburan di New York untuk menanam embrio.

Pasangan itu telah menggunakan proses pemilihan jantina untuk memastikan jantina bayi mereka adalah perempuan.

Mereka memilih untuk menggunakan telur Robbie dan sperma penderma untuk mencipta embrio dan ditanam ke dalam rahim Heather.

Tetapi mereka begitu terkejut apabila membuat imbasan ketika kandungan 15 minggu.

Pakar sonograf memeriksa jantina bayi dan mendedahkan mereka akan mendapat bayi lelaki.

Heather menjelaskan bahawa mereka berdua sangat terkejut dan dia yakin dia mempunyai embrio orang lain.

Dia turut menggambarkannya seperti mempunyai ‘alien’ dalam dirinya.

Pasangan itu menempah untuk imbasan kedua pada hari berikutnya, turut mengesahkan Heather mengandung bayi lelaki.

Pihak klinik kemudiannya memulakan proses dan penyiasatan untuk mengetahui sama ada embrio itu milik pasangan itu atau tidak.

Ia mengambil masa tujuh minggu untuk menjalankan siasatan dan sepanjang tempoh itu, Heather mengakui dia ‘tiada ikatan’ dengan bayi itu.

Tetapi apabila disahkan embrio itu milik pasangan itu, mereka merasakan mereka telah dikhianati.

“Kami mempunyai bayi yang sihat, tetapi saya tidak mempunyai ikatan emosi dan kini saya terpaksa memiliki anak yang saya tidak rancangkan selama-lamanya,” kata Heather.

Tambahnya lagi, dia tidak suka kerana tidak dapat berhubung dengan bayi dalam dirinya dan menyifatkan kehamilan itu sebagai pengalaman yang ‘mengerikan’.

Apabila bayi itu dilahirkan pada Disember 2020, dia bergelut untuk menyusukannya.

Dia mula mengalami anxiety yang teruk serta berfikir untuk bunuh diri dan akhirnya didiagnosis dengan kemurungan selepas bersalin.

Kini, pasangan itu mempunyai anak lelaki berusia 18 bulan yang ‘penuh dengan keajaiban’.

Bagaimanapun, pasangan itu telah memutuskan untuk menyaman klinik kesuburan itu atas kesilapan tersebut.

Kini, Heather telah pulih daripada kemurungan selepas bersalin dan merasa bersalah dan malu kerana tidak dapat menjalinkan ikatan dengan anaknya ketika dia baru lahir.

“Dia tidak bersalah dan tidak layak menerima semua ini”, katanya.

“Klinik ini telah mengganggu sesuatu yang sangat penting iaitu tahun-tahun pertama pembentukan bayi kami.

“Saya melakukan ini kerana saya sangat menyayangi anak saya. Kami fikir anak kami berhak mendapat ikatan itu sejak awal.”

Sumber: The Sun

Share.

Leave A Reply