Wanita Nekad Panjat Kereta Suami, Dapat Tahu Suami Curang | Satu video yang memaparkan aksi seorang wanita cuba memanjat sebuah kereta sedan berwarna oren di sebatang jalan di wilayah Tak, Thailand untuk menghalang suaminya memandu pergi bersama perempuan simpanan telah tular di media sosial Thailand.

Dapat dilihat dalam video tersebut bahawa terdapat beberapa orang awam cuba menahan wanita itu daripada dilanggar oleh pemandu yang juga suami kepada wanita berkenaan.

Bagaimanapun, pemandu itu meneruskan perjalanannya dan memandu lebih laju untuk menjatuhkan wanita itu dari bonet hadapan kereta berkenaan.

Wanita itu kemudiannya membalas dengan memukul cermin kereta tersebut sambil meminta agar suaminya itu keluar dan bercakap dengannya

Lelaki itu akhirnya berhenti dan keluar dari keretanya lalu mengheret wanita berkenaan dari bonetnya ke atas jalan raya.

Lelaki itu turut dilihat menumbuk seorang lelaki lain yang cuba masuk campur dalam urusan pergaduhan suami isteri tersebut.

Cerita itu dikongsikan oleh wanita berusia 47 tahun kepada media Thailand ekoran tersebarnya video tersebut di media sosial.

Wanita itu turut mendedahkan bahawa dia telah bekerja di Jepun dan menghantar wang kepada suaminya di Thailand. Dia dan suaminya telah bersama selama enam tahun tetapi sejak tiga tahun lalu, dialah satu-satunya yang mencari nafkah dan membayar semua bil.

Menurutnya lagi, dia kembali ke Thailand untuk membuat merit melancong bersama rakan-rakannya. Pada hari Khamis, 26 Januari dia sempat melawat beberapa kuil di utara Thailand bersama seorang lagi rakan

Perhentian terakhirnya adalah di wilayah Tak dan disitulah dia ternampak kereta suaminya jenis Toyota berwarna jingga diletakkan berhampiran Pasar Sungai Mae Ping.

Kereta tersebut tidak berkunci dan didalamnya penuh dengan barangan milik wanita lain. Wanita itu kemudiannya bertindak mengeluarkan semua barangan tersebut dan menunggu suaminya muncul.

Sepuluh minit kemudian, suaminya dilihat kembali ke kereta bersama seorang wanita lain. Wanita yang berang itu bertindak mahu menyerang wanita tersebut dan menarik rambutnya.

“Kenapa awak buat saya macam ini? Saya sentiasa jujur dengan awak!” kata wanita tersebut.

Suaminya segera menolak wanita tersebut sehingga menyebabkannya jatuh ke atas jalan. Mereka berdua cuba untuk melarikan diri ke kereta dan memandunya pergi dari situ.

Wanita itu kemudiannya nekad menaiki bonet kereta tersebut bagi menghalang mereka untuk melarikan diri. Suaminya dan wanita simpanannya itu akhirnya berjaya melarikan diri selepas mencampakkannya ke atas jalan.

Tambah wanita itu lagi, perempuan simpanan suaminya itu merupakan seorang penghibur kelab berusia 32 tahun. Suaminya menghubungi wanita tersebut sambil merayu agar berhenti bercakap dengan media Thailand.

Malah perempuan simpanan suaminya itu turut menghubunginya dan mendakwa bahawa dia merupakan isteri kepada lelaki berkenaan.

Tambah wanita itu lagi, sebelum ini suaminya pernah bertindak curang sebanyak dua kali sepanjang perkahwinan mereka. Justeru perbuatannya pada kali ini tidak akan dimaafkan oleh wanita tersebut.

Dia turut merancang untuk bercerai dan menyaman perempuan simpanan suaminya itu kerana berzina.

Sumber: Siakap Keli

 

Artikel Lain

Isteri Simbah Asid Ke Muka Suami Kerana Curan

Isteri Simbah Asid Ke Muka Suami Kerana Curang | Jakarta – Seorang wanita nekad menyimbah air campuran cuka dan asid ke muka suaminya sehingga mangsa mengalami cacat kekal selepas mengetahui lelaki itu berlaku curang, lapor laman berita Tribunnews hari ini.

Suspek bernama Fitriyani, 41, dilaporkan melakukan perbuatan itu di kediaman mereka di Gudang Pupuk Dusun Lingga Kuamang, Kabupaten Bungo dalam wilayah Jambi.

Menurut laporan polis, Fitriyani berasa marah selepas mengetahui suaminya curang dengan wanita lain dan merancang perbuatan itu dengan niat.

“Ketika disoal siasat polis, suspek berkata bahawa dia tidak sanggup menanggung rasa sakit hati kerana dicurangi dan tidak menyesal menyimbah campuran cecair itu ke muka suaminya.

“Berdasarkan pemeriksaan doktor, mangsa mengalami kesan melecur serius di bahagian mata dan wajahnya,” kata Ketua Polis Kabupaten Bungo, Asisten Komisioner Besar, Guntur Saputro.

Sumber : Kosmo

Share.

Leave A Reply