Customize Consent Preferences

We use cookies to help you navigate efficiently and perform certain functions. You will find detailed information about all cookies under each consent category below.

The cookies that are categorized as "Necessary" are stored on your browser as they are essential for enabling the basic functionalities of the site. ... 

Always Active

Necessary cookies are required to enable the basic features of this site, such as providing secure log-in or adjusting your consent preferences. These cookies do not store any personally identifiable data.

No cookies to display.

Functional cookies help perform certain functionalities like sharing the content of the website on social media platforms, collecting feedback, and other third-party features.

No cookies to display.

Analytical cookies are used to understand how visitors interact with the website. These cookies help provide information on metrics such as the number of visitors, bounce rate, traffic source, etc.

No cookies to display.

Performance cookies are used to understand and analyze the key performance indexes of the website which helps in delivering a better user experience for the visitors.

No cookies to display.

Advertisement cookies are used to provide visitors with customized advertisements based on the pages you visited previously and to analyze the effectiveness of the ad campaigns.

No cookies to display.

Gara-Gara Mahukan Kereta Mewah, Wanita Rugi RM39,000  | Kehidupan yang kelihatan serba mewah seakan-akan sudah menjadi ikutan dalam masyarakat kita. Perasaan inginkan kemewahan dari segi penampilan dan harta benda kadang menjerat diri mangsa sendiri. Hal sebegini telah berlaku pada seorang wanita dari Kota Bharu, Kelantan.

Gara-Gara Mahukan Kereta Mewah, Wanita Rugi RM39,000

Keinginan seorang wanita u tuk mempunyai kereta mewah milik sendiri telah terkubur apabila dia telah ditipu oleh individu yang berurusan dengannya. Wangnya sebanyak RM39,000 telah lebur apabila ditipu oleh individu yang tidak bertanggungjawab itu.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kelantan, Superintendan Ahmad Azizul Mohamed berkata, pada 28 Mac lalu, wanita yang berusia 20an itu telah melayari laman sosial sebelum dia tertarik dengan satu halaman. Halaman tersebut merupakan jualan kenderaan terpakai daripada Singapura.

Wanita itu tertarik untuk membeli kereta Toyota Alphard 3.5 yang diiklankan. Kereta itu daripada Singapura dan perlu dibayar secara ansuran bulanan. Mangsa terus berhubung dengan suspek yang menyamar sebagai penjual kereta itu melalui aplikasi whatsapp.

Suspek telah meminta mangsa untuk membuat pembayaran sejumlah wang yang bernilai sebanyak RM17,000. Wang itu katanya bagi ‎insurance process, road tax and JPJ business (Road Transport Department).‎ Mangsa turut membuat beberapa kali transaksi bayaran beberapa hari selepas itu ke satu akaun bank tempatan yang dipercayai merupakan akaun bank milik suspek.

Dikatakan pada 2 April lalu mangsa dihubungi oleh seorang wanita melalui aplikasi whatsapp. Wanita tersebut menyatakan bahawa dia merupakan pekerja kepada suspek dan meminta mangsa untuk membuat pembayaran sebanyak RM7,000 ke akaun yang sama sepertimana sebelum ini. Pembayaran itu dikatakan bertujuan untuk pendaftaran dan kos penghantaran kenderaan itu.

Pada petang yang sama, mangsa diminta untuk membuat pembayaran sekali lagi sebanyak RM15,000. Namun kali ini pembayaran dibuat ke akaun hak milik orang lain. Mangsa terus membuat pembayaran melalui tiga transaksi ke akaun bank itu.

Mangsa mulai sedar bahawa dia ditipu apabila wanita yang dikatakan pekerja kepada suspek itu mendakwa bahawa wang pembayaran deposit itu tidak diterima dan meminta mangsa untuk membuat pembayaran sebanyak RM15,000 secara sekaligus dalam satu transaksi sahaja. Maka secara keseluruhan mangsa telah kerugian sebanyak RM39,000.

Mangsa telah tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah Sabtu lalu untuk membuat laporan. Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK).

Sumber: Harian Metro

Share.

Leave A Reply