Dua Bekas Pegawai Etnik Uighur Dihukum Mati Terlibat Aktiviti Pemisah

| April 6, 2021 | 1 Comment

Dua Bekas Pegawai Etnik Uighur Dihukum Mati Terlibat Aktiviti Pemisah |Penglibatan dua orang bekas pegawai kerajaan yang beretnik Uighur dalam ‘aktiviti pemisahan’ mengundang padah apabila mereka berdua dijatuhi hukuman mati.

Beijing: Dua bekas pegawai kerajaan daripada ethnik Uighur di wilayah Xinjiang dihukum mati hari ini selepas didapati bersalah kerana terlibat dengan aktiviti pemisah, menurut mahkamah negara itu.

Shirzat Bawudun, bekas ketua jabatan kehakiman dijatuhkan hukuman mati yang ditangguhkan untuk tempoh dua tahun kerana cuba untuk memecah-belahkan negara.

Bawudun dikatakan berkonspirasi dengan organisasi pengganas, menerima rasuah dan juga melaksanakan aktiviti pemisah.

Bawudun didapati bersalah kerana bekerjasama dengan Pergerakan Islami Turkestan Timur- yang diketogorikan sebagai kumpulan pengganas oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selepas mengadakan satu pertemuan dengan individu penting dari organisasi tersebut pada tahun 2003.

Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan kumpulan terbabit dari senarai pengganas pada Novmber tahun lalu atas alasan tiada bukti bahawa kumpulan itu masih wujud.

Bawudun juga didakwa memberikan maklumat kepada askar asing di samping mlaksanakan aktiviti agama diharamkan pada majlis perkahwinan anak perempuannya, menurut agensi berita Xinhua.

Kenyataan mahkamah juga berkata, Sattar Sawut iaitu bekas pengarah jabatan pendidikan Xinjiang turut dijatuhkan hukuman mati yang ditangguhkan dalam tempoh dua tahun.

Ia selepas lelaki tersebut didapati bersalah atas jenayah aktiviti pemisah dan juga menerima rasuah.

Sawut didapati bersalah kerana memasukkan elemen permisahan etnik, keganasan dan fahaman agama melampau di dalam buku teks yang berbahasa Uighur, kata pegawai rasmi.

Mahkamah berkata, buku teks itu mempengaruhi orang ramai untuk terbabit dalam siri serangan di Urumqi termasuk rusuhan yang menyebabkan 200 kematian pada tahun 2009.

Hukuman mati yang ditangguhkan lazimnya akan ditukarkan kepada hukuman penjara sepanjang hayat.

Sumber: Metro

 

Tags: , ,

Category: DUNIA

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Nuur..light says:

    Celaka atas cina kafirun!!!!
    ..
    Islam itu rahmah tapi kau ug dajal membunuh para pendoko g agama!!
    Krn cina iblis!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *