Riuh! Belum Sempat Mula, Sekumpulan Pengkayak Terlebih Dahulu ‘Terjun’ Sungai. Ada Video | Aktiviti berkayak merupakan antara aktiviti yang yang sering menjadi pilihan bagi peminat sukan extreme kerana keseronokannya dalam menempuhi jeram yang berbatu serta air sungai yang deras. Namun hal sebaliknya berlaku kepada sekumpulan pengkayak selepas mereka dilihat jatuh tersungkur ke dalam sungai ketika baru sahaja ingin memulakan aktiviti mengkayak di sini, baru-baru ini.

Riuh! Belum Sempat Mula, Sekumpulan Pengkayak Terlebih Dahulu 'Terjun' Sungai. Ada Video

https://twitter.com/anthraxxxx/status/1378515848101462020?s=20

Video berdurasi 52 saat yang dimuat naik oleh pengguna sosial media twitter menunjukkan sekumpulan pengkayak yang kelihatan bersemangat itu sedang cuba menurunkan kayak yang mereka naiki ke dalam sebatang sungai melalui tebing yang dilseliputi tanah merah.

Namun, sebelum mereka sempat berjaya menurunkan kayak tersebut, mereka terlebih dahulu tersungkur ke dalam air selepas ia dikatakan tersekat di tengah-tengah tebing tanah merah menyebabkan sebahagian pengkayak tersebut ‘terjun’ terlebih dahulu ke dalam sungai.

Kejadian ‘menggelikan hati’ ini sempat direkod oleh salah seorang pengkayak yang dipercayai menduduki kayak lain, yang pada mulanya merekodkan video tersebut hanya sebagai tanda kenang-kenangan untuk disimpan namun lain jadinya selepas kayak tersebut tidak terjatuh ke dalam sungai seperti yang mereka harapkan.

Ciapan tersebut telah mencapai 59.4 ribu tontonan serta turut menerima ratusan komen dari netizen yang rata-rata terhibur selepas melihat video yang tersebut.

Riuh! Belum Sempat Mula, Sekumpulan Pengkayak Terlebih Dahulu 'Terjun' Sungai. Ada Video

Komen dari seorang tweet handle @_frhsyfqh ini juga turut menunjukan bahawa netizen di Twitter turut terhibur dengan video yang dikongsikan itu.

Riuh! Belum Sempat Mula, Sekumpulan Pengkayak Terlebih Dahulu 'Terjun' Sungai. Ada Video

Sumber : Twitter

Share.

Leave A Reply