Sedih Putus Cinta, Lelaki Terjah Masuk Pejabat JAWI| Perkara yang melibatkan perasaan terutamanya cinta memang banyak memainkan emosi seseorang. Lebih-lebih lagi apabila kita terlalu mencintai seseorang sehingga kita tidak sanggup untuk kehilangannya. Hal yang sama terjadi kepada lelaki ini yang mengalami patah hati akibat dari putus cinta sehingga beliau sanggup menerjah ruang nikah pejabat Jawi sehingga ia perlu ditenangkan oleh pihak keselamatan.

Akibat mengalami tekanan perasaan disebabkan putus cinta, seorang lelaki bertindak memasuki ruang nikah pejabat Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI), pada pagi ini.

Menerusi perkongsian yang dikongsikan oleh Facebook rasmi JAWI pemuda terbabit dikatakan datang memasuki kawasan berkenaan tanpa memakai kasut dan duduk di atas pelamin sambil berzikir dan mengaji sebelum ia ditenangkan oleh pihak keselamatan.

Dalam perkongsian berkenaan pihak JAWI mengatakan ini bukanlah cerita rekaan mahupun imaginasi novel cinta sebaliknya kisah benar. Dalam pada masa yang sama pihak JAWI turut mendoakan semoga pemuda terbabit terus tabah menjalani kehidupan dan semoga semua urusannya dipermudahkan.

Allahu. Ini kisah benar, bukan rekaan ataupun imaginasi novel cinta. Seorang pemuda tidak semena-mena, tidak berkasut, memasuki ruang majlis akad nikah di JAWI pagi ini, terus duduk, berzikir dan mengaji dengan kuat.

Syukur, pihak keselamatan dapat tangani dengan hikmah. Difahamkan pemuda ini mengalami tekanan perasaan akibat putus cinta.

Kami doakan mudah-mudahan Allah berikan kesembuhan, jalan keluar, dan kemudahan kepada pemuda tersebut menghadapi ujian berat di dalam hidupnya.

Rata-rata netizen juga memberikan kata-kata semangat buat pemuda ini dengan mengatakan bahawa mereka memahami apa yang dilalui oleh pemuda ini dan mengharapkan bahawa pemuda ini dapat menjalani kehidupannya dengan lebih baik pada masa depan.

“Moga dipermudahkan urusan.. Semoga sentiasa kuat dan tabah…Saya memahami kamu…Memang sakit,” kata salah seorang netizen.

Sumber: FB Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan -JAWI

Share.

Leave A Reply