“Sehingga kini adik masih trauma dan kerap menangis secara tiba-tiba, mungkin terbayang kejadian tetak yang menimpa dirinya.”

Wanita Trauma Ditetak Suami, Kerap Menangis. Ini Keadaan TERKINI Mangsa

Itulah kata-kata Nik Zailani Joni, kakak kepada mangsa yang ditikam suami di Chabang Empat pada 21 Jun lalu.

Nik Zailani, 34, berkata, adiknya Nik Salma, 26, sudah seminggu pulang dari hospital.

Kini, adiknya menumpang rumah saudara di Pasir Mas kerana belum ada kekuatan untuk kembali ke rumah mereka.

Menurutnya, adiknya meluahkan rasa takut untuk kembali ke rumah kerana rumah itu perlu dibaik pulih terutama tingkap dan pintu yang terkopak.

Adiknya juga meluahkan rasa takut jika ternampak lelaki, mungkin bayangan kejadian buruk itu sangat menghantuinya.

Atas saranan doktor, mereka telah menempatkan adiknya di rumah saudara.

Hal ini kerana, mereka enggan menjadikan keadaannya lebih buruk jika terbayang peristiwa diserang dan dicederakan suaminya baru-baru ini.

Tambahan pula, mereka perlu membuat beberapa baik pulih pada rumah ini seperti menggantikan tingkap dan daun pintu yang tercabut.

Selain itu, turut bercadang untuk memasang jeriji bagi keselamatan serta meyakinkan adik untuk balik ke rumah ini.

Nik Zailani berkata demikian ketika ditemui di rumahnya, di sini, hari ini.

Terdahulu, Nik Zailani menerima kunjungan Pengerusi Group Gatih Amal (GGA) Abd Halim Shafai yang tampil bertanya keperluan keluarga mangsa.

Nik Zailani berkata, selepas kejadian itu dua keluarga menumpang rumah jiran kerana trauma.

Mereka turut memasang rantai besi di pintu utama bagi tujuan keselamatan.

Adiknya kini dijaga ibu yang turut cedera ringan dan masih tidak banyak menunjukkan perkembangan.

Ibunya banyak mendiamkan diri menyebabkan mereka enggan terlalu bertanya.

Sementara itu, Abd Halim berkata, pihaknya akan membantu mencari dana bagi membaik pulih beberapa bahagian rumah demi keselamatan ahli keluarga mangsa.

Dalam kejadian itu, Nik Salma mengalami kecederaan di kedua belah tangan dan belakang badan akibat ditetak dan beberapa kesan kelar di kepala.

Suami mangsa, 27 berjaya ditahan kemudian membuat pengakuan bersalah di Mahkamah Sesyen Pasir Mas terhadap pertuduhan mencederakan isteri dan ibu mentuannya.

Mahkamah kemudian menetapkan tarikh jatuh hukum pada 5 September depan.

Sumber: Harian Metro

Share.

Leave A Reply