Wanita Warga Emas Maut Selepas Dibedah Doktor Palsu Di India | Penyamaran seorang lelaki yang  sebagai seorang doktor bedah terbongkar selepas dia dikatakan telah membunuh seorang wanita warga emas ketika melakukan pembedahan dipercayai merupakan bekas pengawal keselamatan Hospital Mayo Lahore, India, di sini, baru-baru ini.

Wanita Warga Emas Maut Selepas Dibedah Doktor Palsu Di India

Mangsa dikenali sebagai Shameema Begum, 80, meninggal di tempat kejadian iaitu ketika suspek yang dikenali sebagai Muhammad Waheed Butt cuba merawat luka di belakangnya kira-kira 2 minggu yang lalu.

Menurut jurucakap hospital, mereka tidak pasti jenis pembedahan yang dilakukan Muhammad Waheed sebelum mereka dikatakan memberi alasan bahawa saiz hospital yang besar menyebabkan pemantauan di hospital berkenaan agak rumit dan sukar.

Jelasnya lagi, mereka tidak dapat mengikuti apa yang dilakukan setiap doktor dan apa yang dilakukan setiap orang setiap masa kerana hospital tersebut agak besar untuk dipantau.

Menurut laporan media tempatan, difahamkan keluarga Shameema membayar Muhammad Waheed untuk pembedahan itu, serta dua kali lawatan ke rumah bagi membalut luka namun kerana kerana kepakaran Waheed yang diragui tersebut telah menyebabkan pendarahan dan kesakitannya bertambah teruk sehingga keluarga mangsa membawa Shameema kembali ke hospital.

Dikatakan mayat mangsa iaitu Shameema ditahan untuk proses bedah siasat bagi memastikan sama ada kematiannya disebabkan oleh komplikasi pembedahan tersebut atau sebaliknya.

Jelas jurucakap polis,  Lahore Ali Safdar pengawal yang menyamar sebagai seorang doktor tersebut telah didakwa dan berada dalam tahanan polis.

Sementara itu jurucakap polis tersebut turut menyebut bahawa suspek pernah menyamar sebagai doktor dan melakukan kunjungan ke rumah pesakit lain tidak lama dahulu.

Kakitangan Hospital Mayo turut memberitahu bahawa Muhammad Waheed telah dipecat dua tahun lalu kerana cuba memeras ugut wang daripada pesakit.

Sumber: Astro Awani

Share.

Leave A Reply