Warga Asing Ditemui Mati Tergantung Dalam Bilik Air Hotel | Apabila seseorang berada dalam keadaan tertekan pelbagai perkara sanggup mereka lakukan termasuklah mengakhiri hidup mereka sendiri untuk mengakhiri masalah dan mengatasi rasa sakit yang mereka hadapi.
Bentong: Seorang wanita warga asing berusia 32 tahun ditemui mati tergantung di dalam bilik air sebuah bilik hotel di Genting Hinglands, awal pagi Sabtu lalu.
Mangsa telah menginap di hotel berkenaan sejak dari pertama kali datang ke negara ini pada awal tahun ini.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar, berkata mangsa dipercayai dalam keadaan tertekan akibat masalah peribadi.
Balai Polis Genting Highland menerima panggilan pada jam 4.36 pagi daripada pengurus sebuah hotel di Genting Highlands, berkenaan seorang wanita dijumpai gantung diri di dalam bilik air di sebuah hotel.
Menurutnya, pada hari kejadian mangsa sempat berbual dengan seorang rakannya sebelum bergegas masuk ke bilik air dan bertindak mengunci pintu.
Rakannya yang curiga dengan tindakan mangsa cuba untuk membuka pintu bilik air sambil memanggilnya keluar namun usaha itu gagal.
Rakannya kemudian memutuskan untuk memaklumkan kejadian itu kepada pihak pengurusan hotel sebelum dilaporkan kepada polis.
Zaiham berkata, anggota polis yang tiba di lokasi menemui mayat mangsa dalam keadaan tergantung.
Beliau berkata, pemeriksaan awal pada mayat mangsa mendapati kematian wanita itu tidak membabitkan sebarang unsur jenayah.
Tambahnya, mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Bentong untuk proses bedah siasat.
Sumber: Berita Harian