Warga Emas Ditemui Meninggal Dunia Dalam Kebun | SIK – Seorang lelaki warga emas ditemui tidak bernyawa di sebuah kebun di Kampung Tupai dalam mukim Teloi, di sini pada pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman berkata, mangsa, Ahmad Daie, 78, dari Kampung Tupai dipercayai telah meninggal dunia sebelum ditemui penduduk kampung kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.
“Anak mangsa, Azman, 45, dari Kampung Kerawai, mukim Teloi mendapat panggilan daripada orang kampung menyatakan bapanya tidak sedarkan diri semasa berada di kebun terletak bersebahan rumah mangsa.
Mangsa ada sejarah penyakit hernia
“Sebaik tiba di lokasi, anak mangsa mendapati bapanya berada dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri dan hasil pemeriksaan petugas kesihatan Hospital Daerah Sik (HDS) mendapati mangsa telah meninggal dunia,” katanya di sini hari ini.
Menurutnya, mangsa mempunyai sejarah penyakit hernia dan pernah membuat pembedahan serta telah mendapat dua dos suntikan vaksin.
Komen Netizen
“Innalillahiwainnalillahirajiun….bila sampai waktunya tak kira dimana pun kita berada…Salam takziah buat ahli keluarga.
“Salam takziah buat keluarga.. Risau benda mcm ni la jd kat abah..Semoga Allah akn sentiasa lindung abah..abah hari hari suka ke kebun tp kerap nye berseorangan.”
Sumber: Kosmo
ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA
Lelaki Maut Terjatuh Slps Bergayut Pd Penghadang Tingkat 4 Di Pusat Beli Belah | SERDANG – Seorang lelaki maut setelah terjatuh dari tingkat empat sebuah pusat membeli-belah di Puchong Jaya, di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11.09 pagi tadi, mangsa berusia 26 tahun mengalami patah tulang rusuk hadapan dan patah tulang belakang sebelum disahkan meninggal dunia pada pukul 1.15 petang.
Mangsa panjat besi penghadang
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A.A Anbalagan berkata, menerusi semakan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), mangsa melihat keadaan sekitar terlebih dahulu dan kemudian terus melangkah melalui besi penghadang.
“Mangsa kemudiannya bergayut cara duduk dan terus terjatuh ke bawah. Doktor mengesahkan mangsa meninggal dunia pada pukul 1.15 petang.
Patah tulang rusuk
“Pemeriksaan awal mendapati mangsa patah tulang rusuk di bahagian hadapan dan patah tulang belakang dipercayai kerana jatuh dari tempat tinggi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambahnya, mayat dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Serdang untuk tujuan bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian.