Ya Allah Aku Taknak Beranak Dah.. Sakit. Cukuplah Sekali | Kata-kata merupakan satu ‘alat’ yang dasyat dan jika ia diungkapkan berulang kali, kata-kata yang diucapkan itu mampu menjadi kenyataan. Setiap perkataan yang diucapkan secara berulang-ulang kali mampu memberi pengaruh besar untuk masa depan seseorang sama ada yang baik atau sebaliknya.

 Ya Allah Aku Taknak Beranak Dah.. Sakit. Cukuplah Sekali.

Menurut satu perkongsian kisah dari ‘anonymous’ yang dipetik dari IIUM Confession, kisah yang bakal disampaikan mengenai sebuah ‘kata-kata’ ini diharap dapat menjadi pengajaran buat semua.

Kisah ‘kata-kata’ ini bermula selepas seorang wanita yang digelar Leha sedang sarat mengandungkan anak pertamanya dan ketika itu, dia sudah tiba masa untuk melahirkan bayi yang bakal disambut oleh bidan serta nenek kepada individu ‘anoymous’ terbabit.

Umum mengetahui bahawa proses melahirkan seorang bayi adalah sangat sakit justeru semasa Leha melahirkan bayinya, adalah normal untuk seorang ibu menjerit ketika proses berkenaan namun Leha dikatakan bukan sahaja menjerit, malah kerap kali mengeluarkan kata-kata bahawa dia sudah tidak mahu lagi bersalin selepas ini akibat kesakitan yang terpaksa ditanggungnya ketika meahirkan anak.

Walaupun bidan serta nenek kepada individu ini telah menyuruhnya mengucap serta berzikir supaya sentiasa mengingati Allah, Leha seperti tidak mengendahkannya lalu berulang-kali mengucapkan kata-kata tersebut sehingga selesai proses melahirkan anak.

Akhirnya kata-kata Leha telah dimakbulkan selepas Leha kini hanya memperoleh satu sahaja zuriat dan tidak dikurniakan anak yang lain selepasnya. Leha turut meluahkan bahawa dia telah sedaya upaya mencuba pelbagai cara dengan mendapatkan rawatan di merata tempat namun sukar untuk dirinya mengandungkan anak semula.

Benarlah bahawa sebuah kata-kata itu dasyat, ia merupakan bibit. Jika kita mengucap atau mengungkapkan sesuatu, ia seperti memberi kehidupan terhadap apa yang diperkatakan.

Oleh itu, kisah ini memberi pengajaran supaya janganlah kita berbicara sesuatu yang tidak baik lebih-lebih lagi jika sedang mengandung. Hal ini kerana, dosa seorang ibu yang melahirkan anak akan diampunkan Allah serta segala doa yang diminta pada waktu itu juga akan termakbul.

Sumber: IIUM Confession

Share.

Leave A Reply