Youtuber AS Antara Yang Maut Dalam Nahas Pesawat Di Iceland | Youtuber Amerika Syarikat (AS), Josh Neuman dan pempengaruh (influencer) media sosial Belgium, Nicola Bellavia dilaporkan adalah dua daripada empat individu maut dalam nahas pesawat ringan, minggu lalu, menerusi laporan News Sky.
Jurucakap polis memaklumkan kemalangan berlaku selepas pesawat Cessna 172, dinaiki mereka, terhempas dalam ais beku di Tasik Thingvallavatn, pada Khamis.
Dua lagi mangsa adalah lelaki Belanda berusia 27 tahun dan lelaki Iceland berusia 49 tahun yang juga juruterbang pesawat.
Tasik Thingvallavatn, terletak di Taman Negara Þingvellir, kira-kira 40 kilometer (km) ke timur bandar ini.
Mangsa yang berada di dalam pesawat itu pula hanya ditemukan, pada malam Ahad, dengan penggunaan kapal selam kawalan jauh.
Neuman, 22, mempunyai platform video di Youtube dengan lebih daripada 1.1 juta pengikut dan banyak berkongsi video pengembaraannya ke seluruh dunia seperti aktiviti menuruni bukit dengan papan selaju serta mempunyai pengikut Instgram sebanyak 167,000 pengikut.
Nicola Bellavia, 32, dari Belgium, pula banyak memuat naik gambar pengembaraannya di Instagram untuk tatapan kira-kira 20,000 pengikut.
Sumber: News Sky