Youtuber Ditanam Hidup-Hidup Dalam Keranda Selama 50 Jam Untuk “Content”  Youtube. Ada Video| Seorang Youtuber terkenal telah  menghabiskan masanya di dalam sebuah keranda selama 50 jam dalam satu cabaran untuk dijadikan sebagai content di Youtube Channel MrBeast, baru-baru ini.

Youtuber Ditanam Hidup-Hidup Dalam Keranda Selama 50 Jam Untuk "Content" Youtube. Ada Video

Video berdurasi 12 minit dan 39 saat tersebut telah tular di media sosial selepas dia dipercayai membuat satu cabaran untuk tinggal di dalam keranda di bawah tanah selama 50 jam serta telah mendapat tontonan lebih 59 juta bagi video tersebut.

Berdasarkan video oleh Mr Beast atau dikenali sebagai Jimmy Donaldson, dia telah berkomunikasi bersama rakan-rakannya yang turut menjayakan cabaran ini melalui walkie-talkie serta dia juga hanya berbaring di dalam keranda sepanjang 50 jam tersebut. Melalui video yang telah disunting, Jimmy  memberitahu bahawa dia ingin bergerak namun tidak boleh kerana keterbatasan ruang serta dilihat dia menitiskan air mata di dalam rakaman tersebut.

Dia juga telah meletakan beberapa kamera untuk merekod aktivitinya di dalam keranda serta dia juga turut membawa selimut, sedikit makanan,air  serta keperluan diri yang lain sebagai bekalan untuk tinggal di dalam keranda tersebut.

Mr Beast turut mengakui bahawa cabaran ini merupakan antara cabaran paling ‘gila’ dan mencabar yang pernah dilakukan olehnya serta pasukan dengan tujuan untuk menghiburkan 58.1 juta pengikutnya di Youtube. Rata-rata peminat channel Youtube tersebut menyukai video itu serta memberikan beberapa komen bagi menunjukan sokongan mereka terhadap Mr Beast.

Mr Beast merupakan antara youtubers popular kerana pengisian videonya adalah berbeza dari youtuber ‘mainstream’ dimana content video mereka lebih kepada rancangan memasak, menyanyi dan sebagainya. Jika dilihat tontonan di kesemua video yang dimuatnaik oleh Mr Beast, pastinya akan mencecah melebihi 20 juta tontonan.

Sumber: Astro Awani

Share.

Leave A Reply