Datuk Berusia 73 Tahun Masih Aktif, Berbadan Sado | Berbadan tegap dan berotot sering menjadi idaman para pemuda yang sering ke gimnasium untuk membina badan. Namun seorang datuk yang sudah mencecah usia  73 tahun turut tidak melepaskan peluang untuk mempunyai fizikal sebegitu. Walau sudah berusia, dia masih sihat dan mempunyai fizikal yang sering kali dikatakan sebagai ‘Sado’ dalam kalangan masyarakat.

Datuk Berusia 73 Tahun Masih Aktif, Berbadan Sado

Bukan sahaja masih sihat dan mempunyai badan yang sado, malahan Ayub Said yang berusia 73 tahun ini juga gemar untuk melakukan aktiviti angkat berat. Walaupun dirinya kian dimamah usia, namun dia masih mempunyai tenaga yang luar biasa. Ayub mampu untuk mengangkat bebanan besi seberat 1oo kilogram(kg).

Usia bukanlah penghalang untuk seseorang berhenti dari terus melakukan apa yang diminati. Malahan sifat disisplinnya yang sering mengunjungi gimnasium sejak 40 tahun yang lalu sehingga kini telah berjaya membuahkan hasil. Ayub masih mempunyai tubuh badan yang sihat serta stamina yang sama seperti ketika beliau berusia 30-an.

Ayub meluangkan sekurang-kurangnya sejam di gimnasium sebanyak empat kali seminggu. Ini adalah untuk mengekalkan stamina beliau dan kecerdasan badan. Disamping itu, untuk memastikan fizikal tubuh badannya yang sado dapat terus dikekalkan. Mudah untuk beliau melakukan aktiviti tersebut kerana beliau merupakan seorang jurulatih kecergasan secara sambilan di Batu Caves, Selangor. Maka itu memudahkannya untuk melakukan rutin pelbagai jenis senaman.

Dia yang juga merupakan seorang pesara tentera berkata bahawa ramai yang tidak menyangka bahawa dia masih aktif dan mampu mengakat berat pada usia sebegitu. Namun disebabkan oleh faktor usia, dia banyak mengurangkan aktiviti mengangkat berat walaupun itu merupakan aktiviti kegemarannya. Dia amat gemar mengangkat besi kerana ia bagaikan suatu kepuasan, semakin berat semakin mencabar.

Ayub mempunyai prinsip pemakanannya yang tersendiri, iaitu sekiranya ingin tubuh yang sihat haruslah menjaga pemakanan dan bersenam untuk kecergasan. Dia lebih kepada mengamalkan pemakanan yang sihat, seperti kurang pegambilan garam, gua, karbohidrat serta makanan yang berminyak. Dengan mengamalkan gaya hidup sebegitu dia tidak pernah jatuh sakit, pergi ke klinik dan dimasukkan ke hospital sejak bersara pada 30 tahun lalu.

Menurut Ayub, dia berjinak-jinak ke gimnasium sejak berusia 2o tahun disebabkan oleh minat dan mahu menambah kekuatan diri. Dia juga telah medapat bimbingan awal daripada jurulatih bina badan kebangsaan, Aziz Ahmad hinggalah berjaya mencipta nama dalam sukan bina badan.

Sumber : Harian Metro

Share.

Leave A Reply