Pengantin Lelaki Berseluar Pendek Semasa Bersanding, Ini Puncanya | Hari persandingan selalunya dihiasi dengan pengantin yang memakai baju serba moden dan mengikut adat. Namun berbeza buat pengantin lelaki ini apabila ia hanya mengenakan seluar pendek sebagai pakaian di hari persandingan.
Jakarta: Hari Persandingan sememangnya akan menjadi hari yang bersejarah kerana pada hari itulah kita akan menciptakan momen bahagia bersama pasangan. oleh itu, kebanyakkannya akan memilih untuk memakai busana mewah dan mencantikkan diri supaya momen terindah itu tidak akan terlupakan.
Namun baru-baru ini tular di laman media sosial di mana seorang pengantin lelaki yang melangsungkan perkahwinan di daerah Lengkong, Wilayah Jawa Timur, Indonesia mengejutkan netizen apabila dia bersanding dengan hanya memakai seluar pendek dan terdapat beberapa plaster luka di sekitar badannya, lapor portal berita kompas.com semalam.
Foto majlis pernikahan lelaki itu serta pasangannya tular di laman twitter dan meraih lebih 10,000 tanda ‘like’ setakat semalam.
Gambar tersebut menunjukkan pengantin lelaki sedang berkaki ayam duduk dia atas pelamin sambil tersenyum manis. Manakala, di tangan kirinya dibaluti kain anduh dan terdapat plaster besar di bahu kirinya.
Terdapat juga kesan luka yang hampir sembuh di kawasan lutut,betis dan sekitar lengan kanan lelaki itu.
Menurut Pengantin perempuan, Elinda Dwi Kristiani, suaminya terjatuh dari motosikal lebih kurang empat hari sebelum majlis perkahwinan mereka berlangsung.
“Suami tidak boleh mengenakan baju pengantin kerana baru sahaja menjalani prosedur pembedahan pada bahu. Dia baru saja keluar dari hospital,” katanya ketika dihubungi.
Elinda berkata, pada hari kejadian, suaminya dalam perjalanan membeli petrol sebelum pengsan secara tiba-tiba sehingga menyebabkannya jatuh dari motosikal yang ditunganggnya.
“Kemalangan tidak melibatkan sesiapa hanya diri sendiri. Alhamdulillah (perkahwinan berjalan) lancar,” jelasnya.
Walaupun tidak nampak segak dan bergaya, pengantin itu mendapat pujian netizen yang menyifatkannya sebagai lelaki yang bertanggungjawab.
“Hebat kerana jujur dan bertanggungjawab pada majlis dan keluarga,”kata salah seorang pengguna twitter.
“Mungkin ini disebut menikah kerana kemalangan,”gurau seorang lagi.
Sumber: Kosmo