Tular Kembali Foto Gajah ‘Mandi’ Serbuk Kunyit, Ini Kebaikan Dan Khasiat Serbuk Kunyit Pada Kulit Gajah | Baru-baru ini, tular semula foto-foto seekor gajah dilumur dengan serbuk kunyit pada seluruh badannya. Foto tersebut tular selepas salah seorang penguna Twitter memuatnaik foto tersebut.

Tular Kembali Foto Gajah 'Mandi' Serbuk Kunyit, Ini Kebaikan Dan Khasiat Serbuk Kunyit Pada Kulit Gajah

Terdahulu, Facebook rasmi Adabi Consumer telah memuatnaik beberapa keping gambar seekor gajah yang menunjukkan mereka sedang melumur serbuk kunyit ke badan gajah tersebut.

Pihak Adabi Consumer dengan kerjasaman Zoo Negara telah ‘mandikan’ gajah dengan serbuk kunyit. Gajah tersebut telah dilumurkan dengan kunyit pada keseluruhan badannya. Sebanyak 7 kg serbuk kunyit Adabi telah digunakan untuk melumurkan pada seekor gajah.

Kemudian lumuran kunyit itu akan dibiarkan pada badan gajah agar khasiat pada kunyit akan meresap masuk ke dalam kulit gajah. Kaedah melumur kunyit pada kulit gajah ini sebenarnya telah dipraktikkan di setiap zoo kerana khasiat semula jadi pada kunyit ini baik untuk kulit gajah.

Jadi apa kebaikan yang diperoleh daripada serbuk kunyit ini?

  • Merawat luka kecil
  • Merawat gigitan serangga
  • Bertindak sebagai anti septic pada kulit
  • Sebagai agen pemutih kulit

Tular Kembali Foto Gajah 'Mandi' Serbuk Kunyit, Ini Kebaikan Dan Khasiat Serbuk Kunyit Pada Kulit Gajah Tular Kembali Foto Gajah 'Mandi' Serbuk Kunyit, Ini Kebaikan Dan Khasiat Serbuk Kunyit Pada Kulit Gajah Tular Kembali Foto Gajah 'Mandi' Serbuk Kunyit, Ini Kebaikan Dan Khasiat Serbuk Kunyit Pada Kulit Gajah Tular Kembali Foto Gajah 'Mandi' Serbuk Kunyit, Ini Kebaikan Dan Khasiat Serbuk Kunyit Pada Kulit Gajah

Sumber : Adabi Consumer

Share.

Leave A Reply