Ziarah Aidilfitri Dibenarkan Di Kawasan PKP, PKPB Dan PKPP

| May 4, 2021 | 0 Comments

Ziarah Aidilfitri Dibenarkan Di Kawasan PKP, PKPB Dan PKPP | Kerajaan baru sahaja mengumumkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang perlu dipatuhi ketika menyambut Hari Raya yang bakal menjelang tidak lama lagi. Menurut sidang media tersebut, penganjuran rumah terbuka adalah tidak dibenarkan memandang ia bertujuan untuk mengekang penyebaran Covid-19 di negara ini.

Ziarah Aidilfitri Dibenarkan Di Kawasan PKP, PKPB Dan PKPP

Menurut Menteri Kanan (Pertahanan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan, beliau memberitahu bahawa aktiviti ziarah menziarahi ketika 1 Syawal adalah dibenarkan buat semua negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun untuk negeri yang berada dalam PKP, hanya dibenarkan untuk membuat aktiviti ziarah hanya pada 1 Syawal sahaja dengan kehadiran tidak melebihi 15 orang.

Tambahnya lagi, bagi negeri yang berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dibenarkan untuk membuat aktiviti ziarah bermula dari 1 sehingga 3 Syawal.

Bagaimanapun kehadiran tetamu bagi aktiviti ziarah dilaporkan berbeza mengikut status PKP iaitu negeri di bawah PKPB dibenarkan menerima kehadiran tetamu tidak melebihi 20 orang mengikut saiz rumah dan jarak fizikal manakala negeri di bawah PKPP dibenarkan kehadiran tetamu tidak melebihi 25 orang.

Bagi kawasan yang berada dalam fasa PKPD, penduduk dilaporkan tidak dibenarkan mengadakan ziarah hari raya dan hanya keluarga yang berada di dalam rumah sahaja dibenarkan.

Sementara aktiviti menziarahi kubur hanya dibenarkan bagi kawasan yang berada di fasa PKPB dan PKPP sahaja dengan syarat hanya terhad kepada enam orang bagi satu slot lawatan atau petak kubur serta masa yang diberi bagi melawat adalah tidak melebihi 30 minit.

Aktiviti menziarahi kubur adalah tidak dibenarkan bagi kawasan yang berada di fasa PKP serta PKPD menurut kenyataan Ismail Sabri dalam sidang media tersebut.

Sumber: Free Malaysia Today

Tags: , , , , , , , , ,

Category: INFORMASI, KESIHATAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *