11 Bahan Ini Dapat Membantu Mengurangkan Sakit Gigi Akibat Gigi Bongsu.| KHALIFAH MEDIA NETWORKS – Pertumbuhan gigi bongsu sememangnya meninggalkan kesakitan yang amat memeritkan. Percaya atau tidak, bukan semua orang akan melalui kesakitan akibat pertumbuhan gigi bongsu. Menurut MyHEALTH, gigi bongsu merujuk kepada gigi ketiga yang tumbuh pada peringkat remaja atau awal dua puluhan.

11 Bahan Ini Dapat Membantu Mengurangkan Sakit Gigi Akibat Gigi Bongsu.

Lazimnya kesakitan yang sangat memeritkan yang disebabkan oleh pertumbuhan gigi ini adalah berpunca daripada kedudukan gigi yang terhimpit kerana ruang di rahang mulut yang tidak cukup untuk gigi tersebut tumbuh dengan baik.

Oleh itu, kami disini mahu berkongsi 11 bahan yang boleh digunakan untuk mengurangkan kesakitan yang dialami akibat daripada gigi bongsu yang ingin tumbuh.

1. Larutan air garam
Garam adalah pembasmi kuman semulajadi. Campurkan garam dalam air suam dan bilas mulut menggunakannya. Larutan ini akan memberikan kelegaan segera kepada sakit gigi. Kebiasaannya doktor akan menyarankan cara ini sebagai langkah pertolongan cemas. Anda perlu membilas mulut selama beberapa minit dan ulangi proses yang sama sebanyak 4-5 kali sehari. Langkah ini bukan sahaja mudah tetapi juga sangat berkesan.

2. Soda penaik
Lazimnya, pertumbuhan gigi bongsu akan turut diikuti oleh bengkak yang teruk pada bahagian gusi. Untuk mengurangkan rasa sakit, anda boleh menambahkan soda penaik pada ubat gigi yang biasa anda gunakan dan sapukan campuran ini pada gigi bongsu yang berkenaan. Langkah ini seharusnya dapat melegakan kesakitan dalam masa beberapa minit.

3. Ais
Kita semua tahu bahawa ais adalah ubat yang paling utama dan berkesan untuk melegakan apa-apa jenis bengkak. Untuk melegakan bengkak akibat gigi bongsu, anda hanya perlu meletakkan pek ais di bahagian pipi berdekatan dengan gigi yang berkenaan. Letakkan pek ais di bahagian berkenaan selama 15 minit dan ulangi langkah ini beberapa kali sehari, setiap kali anda merasakan kesakitan yang teruk. Kaedah ini berguna untuk menghilangkan keradangan dan bengkak.

4. Ekstrak vanila
Jika anda fikir vanila hanya boleh digunakan untuk membuat kek cawan yang enak, anda akan gembira untuk mengetahui bahawa terdapat banyak lagi kelebihan ramuan ini. Rupa-rupanya, ekstrak vanila sangat membantu untuk mengurangkan rasa sakit gigi yang baru muncul. Hanya tuangkan sedikit titis vanila ke dalam kapas dan kemamkannya pada gigi yang sakit dalam masa lebih kurang 15 minit. Seterusnya anda hanya perlu bertenang selama beberapa minit dan anda akan menyedari bahawa kesakitan itu secara beransur-ansur telah berkurangan.

5. Benzocaine
Ramai doktor memberikan benzocaine untuk merawat gigi yang sakit. Ubat sapuan berasaskan gel ini perlu diletakkan pada gigi yang terjejas secara langsung. Sebaik-baiknya, anda juga harus membersihkan kawasan berdekatan dengan gigi bongsu yang sakit sebelum menyapu ubat ini. Walau bagaimanapun, dinasihatkan untuk berunding dengan doktor sebelum menggunakannya untuk kanak-kanak di bawah umur 2 tahun.

6. Beg teh
Pelbagai jenis beg teh dikatakan mampu menghilangkan rasa sakit yang disebabkan oleh gigi bongsu. Teh hitam (black tea) biasanya digunakan kerana manfaat berganda yang ditawarkannya. Sementara kehangatan teh dapat membantu dalam mengurangkan bengkak, beg teh yang diletakkan secara langsung pada gigi yang sakit pula akan mengurangkan kesakitan yang banyak. Asid tannic yang terdapat di dalam teh dipercayai dapat membantu mengurangkan keradangan.

7. Bunga cengkih
Kegunaan bunga cengkih sememangnya terkenal dari zaman dahulu lagi. Ramai orang-orang tua menasihatkan untuk meletakkan bunga cengkih di atas gigi yang sakit. Ciri anestetiknya membantu dalam meredakan kawasan yang terjejas, manakala kualiti antibakteria dan antiseptiknya pula memastikan bahawa kawasan itu tidak dijangkiti oleh kuman.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan minyak bunga cengkih pada bebola kapas. Jika anda merasakan bahawa bau bunga cengkih terlalu kuat, anda juga boleh mencampurkannya dengan sedikit minyak zaitun.

8. Pengkumur mulut kunyit
Kunyit terkenal dengan sifat antiseptiknya. Oleh sebab itulah bahan ini disyorkan untuk masalah gigi bongsu. Bahan ini juga telah disebutkan dalam Ayurveda untuk sifat penyembuhan, analgesik, dan antibakteria. Anda boleh menambah beberapa cubit serbuk kunyit di dalam air dan menggunakannya sebagai cecair pengkumur mulut.

9. Daun pudina
Daun pudina biasanya disyorkan untuk sakit tekak. Daun ini bukan sahaja dapat memberi anda bantuan segera dari kesakitan, tetapi aromanya juga membolehkan anda melupakan masalah yang timbul. Anda boleh membungkus beberapa helai daun pudina dan meletakkannya pada gigi yang terjejas selama 15-20 minit. Disamping itu, minyak daun pudina juga boleh digunakan untuk kesan meredakan yang sama.

10. Timun sejuk
Apabila anda mengalami sakit gigi, apa-apa perkara yang sejuk adalah sesuatu yang kelihatan sangat bagus. Kesan penyejukan timun akan segera meredakan kesakitan. Anda boleh memotong timun dalam kepingan kecil yang sesuai dengan kawasan gigi yang sakit. Walaupun rasa sejuk dari timun itu akan membuatkan gigi berasa kebas, tetapi ketahuilah bahawa jusnya akan mengurangkan kesakitan. Anda juga boleh mengisar timun dan meletakkannya pada gigi bongsu yang sakit untuk kesan yang sama.

11. Bawang
Penggunaan bahan ini mungkin terdengar tidak masuk akal bagi sesetengah orang, tetapi sebenarnya bau bawang yang kuat itu boleh membantu menyembuhkan sakit gigi. Anda hanya perlu memotong sekeping bawang yang bersesuaian saiznya dengan mulut anda dan letakkan bawang itu di kawasan yang terjejas. Bawang mempunyai sifat antiseptik dan anti-radang yang membantu dalam menghilangkan bakteria dari mulut dan meminimumkan rasa sakit.

Share.

Leave A Reply