13 Makanan Tiruan Yang Mungkin Anda Beli, Ini Cara Untuk Mengenal Pastinya | Khalifah Media Networks – Makanan tiruan didakwa merupakan antara perniagaan yang menguntungkan dan difahamkan ia bernilai sehingga $653 bilion setahun, dan nilai ini hanya di Amerika Syarikat sahaja.

13 Makanan Tiruan Yang Mungkin Anda Beli, Ini Cara Untuk Mengenal Pastinya

Hampir kesemua makanan yang selalunya kita makan, boleh jadi ianya merupakan makanan tiruan. Untuk mengelakkan perkara sebegitu berlaku, berikut kami akan kongsikan cara untuk mengenalpasti makanan tiruan berkenaan.

#1. Kacang pis hijau

13 Makanan Tiruan Yang Mungkin Anda Beli, Ini Cara Untuk Mengenal Pastinya

© Priya Beauty Picks / Youtube © Pixabay

Kacang ini sering sahaja dipalsukan. Kacang pis hijau tiruan diperbuat hasil daripada gabungan kacang soya, pewarna dan sodium metabisulfite. Untuk pengetahuan anda, sodium metabisulfite tersebut dilarang oleh kebanyakan negara kerana tinggi risiko pertumbuhan kanser dan masalah metabolisme.

Jadi, anda harus beli kacang ini daripada pembekal yang diyakini sahaja – mementingkan lokasi pengeluaran. Jika warna hijaunya begitu kuat, maka ia mungkin disebabkan oleh penggunaan pewarna.

#2. Telur

13 Makanan Tiruan Yang Mungkin Anda Beli, Ini Cara Untuk Mengenal Pastinya

© China Daily

Menurut Kementerian Kesihatan China, telur tiruan mengandungi bahan merbahaya seperti asid benzoik, sodium alginate dan pelbagai lagi. Kedua-dua kulit telur dan telur kuning di dalamnya boleh ditiru.

Untuk mengenalpastinya, kulit telur tiruan lazimnya lebih keras dan sedikit besar berbanding telur sebenar. Selain itu, perhatikan kuning telur. Jika terlalu kuning, ia mungkin tiruan.

#3. Mi

13 Makanan Tiruan Yang Mungkin Anda Beli, Ini Cara Untuk Mengenal Pastinya

© alternativenewsnetwork

Pada tahun 2010, terdapat pendedahan mengenai penghasilan mi tiruan secara besar-besaran di China. Ia diperbuat daripada gandum yang rosak dan bahan perasa berbahaya. Sesetengah daripadanya diperbuat daripada plastik!

Sos yang lazat selalunya membuatkan kita tidak dapat merasai mi tiruan yang bermasalah. Jadi, rasa dahulu mi begitu sahaja tanpa perasa. Anda akan dapat kenal pasti sama ada itu mi tiruan.

#4. Epal

13 Makanan Tiruan Yang Mungkin Anda Beli, Ini Cara Untuk Mengenal Pastinya

© greenhealthyplanet

Ia merujuk kepada bahan tambahan disuntik pada buah epal sebenar, dan ia berbahaya. Epal tersebut juga lazimnya dilapisi dengan lilin untuk memanjangkan tempoh ‘kesegarannya’.

Jadi, elakkan epal yang berkilat, warna yang begitu terang dan berbentuk terlalu bulat.

#5. Ikan kod

13 Makanan Tiruan Yang Mungkin Anda Beli, Ini Cara Untuk Mengenal Pastinya

© pixabay

Para penyelidik dari University College Dublin mendapati 90% daripada ikan kod salai yang salah dilabel, iaitu terdiri daripada spesies yang berbeza.

#6. Kayu manis

13 Makanan Tiruan Yang Mungkin Anda Beli, Ini Cara Untuk Mengenal Pastinya

© Pixabay © Pixabay

Kita mungkin berasakan bahawa kayu manis yang kita gunakan itu merupakan kayu manis sebenar. Ternyata anda salah. Ini kerana apa yang digunakan itu sebenarnya cassia – alternatif kayu manis yang lebih murah yang sering dijual sebagai kayu manis.

Ia mempunyai bau berbeza dan paling penting ia berbahaya kepada kesihatan. Kayu manis lazimnya didapati daripada Sri Lanka dan India Barat. Manakala cassia pula dihasilkan daripada pokok di China, Vietnam dan Indonesia.

Lazimnya, kayu manis sebenar mempunyai ‘cinnamomum verum’ pada bungkusannya dan cassia pula mengandungi ‘cinnamomum aromaticum’. Kayu manis sebenar mudah dipatahkan dan ringan. Cassia pula sangat keras dan bewarna coklat terang.

#7. Beri biru

13 Makanan Tiruan Yang Mungkin Anda Beli, Ini Cara Untuk Mengenal Pastinya

© Unsplash © Pexels

Pusat Kesejahteraan Pengguna di Amerika Syarikat telah menjalankan kajian tentang makanan yang mengandungi beri biru dan hasilnya sangat buruk.

Kebanyakan makana berkenaan tidak mengandungi beri biru, sebaliknya mengandungi kombinasi kanji, pewarna, perasa dan minyak terhidrogenasi. Jadi, baca dengan teliti setiap kandungan sebelum membeli.

Jika anda mendapati makanan itu mengandungi indigo carmine (E132), maka ia langsung tidak mempunyai beri biru.

#8. Krim putar

13 Makanan Tiruan Yang Mungkin Anda Beli, Ini Cara Untuk Mengenal Pastinya

© Depositphotos

Pada tahun 1966, ahli kimia, William Mitchell telah mencipta pengganti krim putar yang diperbuat daripada minyak kelapa, sirap jagung, perasa semula jadi dan agen penebal serta sedikit susu.

Lihat kandungannya sebelum membeli, elakkan jika ia terdapat lemak sayuran dan gula.

#9. Kerang scallop

13 Makanan Tiruan Yang Mungkin Anda Beli, Ini Cara Untuk Mengenal Pastinya

© Wikimedia commons © Depositphotos

Scallop sangat mahal harganya dan pemakannya pasti tahu rasa sebenar. Disebabkan harganya yang mahal, segelintir pengilang akan menggunakan isi ikan hancur, daging ikan pari, kuda laut dan isi daging ikan jerung.

Kadang kala, fungus salji turut digunakan bagi menggantikannya. 100% scallop asli dijual dengan cengkerangnya. Scallop sejuk beku pula mempunyai pigmen merah jambu cair atau berwarna kuning cair.

#10. Kaviar

13 Makanan Tiruan Yang Mungkin Anda Beli, Ini Cara Untuk Mengenal Pastinya

© trbuh / Flickr © Depositphotos

Ia sering kali ditiru. Misalnya, kaviar ikan terbang digantikan dengan ikan capelin, manakala pike kaviar pula dijual sebagai kaviar hitam. Pakar mengatakan bahawa agak sukar untuk membezakan kaviar sebenar dengan yang palsu dengan merasainya.

Namun, 1/3 kaviar yang dijual di Eropah adalah tiruan. Kaviar daripada rumpai laut juga boleh diperolehi dan ramai yang menganggap ianya kaviar merah tulen.

Untuk pengetahuan anda, bentuk kaviar hitam tulen agak berbeza-beza. Kaviar ikan terbang pula sedikit besar saiznya berbanding ikan capelin. Jika kaviar merah bersifat melekit dan berbau seperti ikan serta tidak pecah dengan sempurna, besar kemungkinan ia merupakan kaviar palsu.

#11. Daging

13 Makanan Tiruan Yang Mungkin Anda Beli, Ini Cara Untuk Mengenal Pastinya

© Health Freedom Alliance

Kebanyakan pengilang tidak mahu membazir dan membuang sisa kerana mahukan keuntungan. Oleh itu, ahli kimia mencipta ‘transglutaminase’ atau gam daging. Ia menggunakan gam bagi mencantumkan sisa-sisa daging menjadi daging yang kelihatan sempurna.

Namun, ia tidak berbahaya kerana bersifat organik namun jika berlebihan ia boleh mendatangkan alahan, masalah pencernaan dan penyakit ‘coeliac’ – masalah auto-imun yang mengganggu penyerapan lemak, vitamin, zat besi dan kalsium.

Untuk mengelakkannya, beli daging daripada pembekal yang anda percayai dan elakkan membeli produk daging sejuk beku. Garisan pada daging gam ini lebih mudah dilihat kerana ia tidak sama seperti daging sebenar.

#12. Daging burger

13 Makanan Tiruan Yang Mungkin Anda Beli, Ini Cara Untuk Mengenal Pastinya

© Pixabay

Pada abad ke-21, daging burger tidak lagi terdiri daripada daging cincang lagi. Banyak syarikat menggantikannya dengan mencipta daging alternatif.

Pada tahun 2016, syarikat Impossibe Foods menunjukkan daging yang dihasilkan daripada kanji, yis yang diubah suai dan gandum bertekstur. Agak sukar untuk membezakannya daripada daging sebenar.

Ada juga daging yang diperbuat daripada kacang-kacang seperti soya dan rasanya lebih sedap berbanding daging sebenar! Untuk menjamin keselamatan anda, buat sendiri daging burger dan hindari makan burger di kedai makanan segera.

#13. Makanan bersalai

13 Makanan Tiruan Yang Mungkin Anda Beli, Ini Cara Untuk Mengenal Pastinya

© Depositphotos

Salai secara semula jadi merupakan satu proses yang agak rumit dan memakan masa yang lama dan oleh sebab itulah, kebanyakan pengilang akan menggunakan teknik yang dipanggil salai cecair.

Makanan bersalai sebenarnya agak tidak bagus untuk kesihatan dan anda harus mengehadkan pemakanan sedemikian. Buat masa ini, tiada bukti uang menunjukkan bahawa salai cecair itu merbahayakan kesihatan namun jika berlebihan, anda boleh mengalami keracunan makanan.

Daging mahupun ikan salai lazimnya bersifat kering dan warnanya tidak terlalu terang. Warna permukaannya pula sepatutnya tidak mempunyai tompokan gelap atau terang. Warnanya perlulah sekata.

Sumber: Bright Side Via Era Baru

Share.

Leave A Reply