3 Resepi Ikan Yang Menarik Dan Sedap. Boleh Cuba Resepi Ni! | KHALIFAH MEDIA NETWORKS – Nutrien dan mineral dalam ikan, dan terutamanya asid lemak omega-3 elok untuk jantung, perkembangan otak dan pembiakan. Ini mengetengahkan peranan ikan dalam fungsi tubuh manusia.

3 Resepi Ikan Yang Menarik Dan Sedap. Boleh Cuba Resepi Ni!

Namun ada juga orang yang tidak berapa suka makan ikan. Ada yang cakap hanyir, daging tak sedap dan lain-lain. Umumnya yang tidak suka ikan ini ialah budak-budak. Untuk itu para orang tua kena pandai pujuk anak makan ikan. Mulai dengan masak ikan mengikut resepi yang sedap dan lazat.

Ikan tak mahal dan senang di dapat. Beza jenis ikan beza pula manfaat kesihatannya. Anda perlu membiasakan anak anda memakan ikan selain daripada ayam mahupun daging sahaja.

Kami hadirkan kepada anda 7 resepi ikan menarik, sedap dan lazat yang patut anda cuba. Sesuai untuk makan satu keluarga mahupun kenduri ataupu niaga. Jom tengok resepi di bawah ini.

 

Resepi Ikan Masak Kuah Pekat

3 Resepi Ikan Yang Menarik Dan Sedap. Boleh Cuba Resepi Ni!

Favorite gila ikan masak asam kuah pekat pekat ini. Satu lauk sudah cukup untuk makan satu keluarga. Siapa yang sukakan juga lauk macam ini boleh cuba resepi ikan masak kuah pekat yang dikongsikan oleh Nur Atiqah Hamid‎ di Facebook.

Bahan-bahan :

  • Ikan merah seketul
  • Bawang besar 1 biji*
  • Bawang putih 2 ulas*
  • Halia seinci*
  • Lada hitam biji*
  • Pes asam jawa sesudu kecil
  • Kicap mudim satu sudu
  • Bawang besar, cili merah, cili padi hiris
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak :

  • Goreng ikan.
  • Tumbuk bahan bertanda *.
  • Masukkan minyak. Tumis bahan tumbuk sampai wangi.
  • Letak air sedikit.
  • Biar kuah mendidih kemudian masukkan pes asam jawa, garam dan kicap. Kalau tak suka letak kicap masukkan gula sedikit.
  • Tutup api. Masukkan bawang besar, cili merah dan cili padi yang dihiris.

 

Resepi Kari Ikan Siakap Tanpa Santan

3 Resepi Ikan Yang Menarik Dan Sedap. Boleh Cuba Resepi Ni!

Ada sebahagian orang tidak suka masak kari letak santan. Mesti pelik kan, tapi resepi ini sudah turun-temurun daripada ‎NurQatrunnada Haryanti Abd Basir‎ di Facebook dan selalau dipakai hingga sekarang. Resepi ini dapat memikat hati suami dan mertua. Tentunya anda patut cuba resepi ini.

Bahan-bahan :

  • Ikan (ikan apa pun boleh)
  • Bawang merah*
  • Bawang putih *
  • Halia*
  • Daun kari*
  • Halba campur*
  • Cili kering yang sudah direbus dan dikisar*
  • Rempah kari babas*
  • Air asam jawa
  • Bendi. (Boleh letak sayur kacang kelo ganti bendi)
  • Tomato.
  • Minyak masak.
  • Gula dan garam secukup rasa.(Sukatan sesuka hati dan sesedap rasa sahaja).

Cara Memasak :

  • Bahan bertanda * wajib ditumis sampai pecah minyak.
  • Untuk pekatkan kuah, cincang tomato 2 biji dan masukkan masa menumis bawang.
  • Jika sudah pecah minyak, letak gula, garam dan air asam jawa.
  • Jika sudah agak hancur dan lerai baru masukkan cili dan rempah kari.
  • Akhir sekali masukkan ikan.

 

Resepi Ikan Percik

Ikan percik paling diminati rama. Banyak yang cuba resepi yang dikongsikan ‎Afy AL Habibi‎ di Facebook dan kata mereka hasilnya sama dengan resepi asli. Tak sama macam menu beli. Kami hadirkan untuk anda resepi ikan percik dari proses perap ikan sehinggalah siap sepenuhnya. Selamat merecik.

Bahan Perap Ikan :

  • Ikan Kembung 5 ekor
  • 2 batang serai*
  • 5 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 1 1/2 inci kunyit hidup*

Cara Memasak :

  • Ikan basuh bersih dan kelar.
  • Untuk bahan bertanda *, kesemua bahan bertanda dihiris nipis dan masukkan dalam tabung pengisar.
  • Kemudian tambahkan 3/4 sudu besar garam dan 1 sudu kecil serbuk perasa Hilal.
  • Kisar hingga lumat.
  • Lumur rata bahan kisar pada ikan.
  • Perap selama 20 minit.

Bahan Untuk Kuah Percik

  • 5 biji bawang merah saiz syiling 20 sen
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 hiris nipis halia
  • Secubit belacan
  • 1/2 sudu besar serbuk ketumbar (disangai dan dikisar halus)

Cara Membuat Kuah Percik

  • Kisar semua bahan hingga lumat.
  • Masukkan bahan kisar dalam periuk.
  • Tambahkan sekali 6 senduk santan segera. (Beli dekat pasar. Pekat asli daripada buah kelapa)
  • Tambahkan 1 senduk air kosong.
  • Masukkan 1 1/2 sudu besar cili kisar.
  • Guna cili kering saiz paling besar. Tak pedas dan warna pun merah cantik.
  • Letak periuk atas dapur. Kemudian buka api perlahan.
  • Perahkan sehiris limau nipis.
  • Masukkan 2 1/2 sudu besar gula, 1/2 sudu besar garam dan secubit perencah Hilal. (Kuantiti rasa terpulang kepada citarasa sendiri/ masukkan sedikit demi sedikit untuk lebih selamat).
  • Kacau kuah dengan api sederhana besar.
  • Tutup api setelah kuah berbuih mendidih.
  • Siap untuk kuah percik lazat tak terkata.
  • Kemudian untuk ikan pula, bakar ikan di atas bara api.
  • Jangan bakar hingga kering garing supaya isinya kekal juicy.
  • Angkat seketika pemanggang ikan.
  • Lapik pinggan di bawah. Sendukkan kuah percik dan lalukan pada badan ikan depan belakang.
  • Letak semula pemanggang atas bara api untuk seketika. Balik-balikkan untuk bahagian atas dan bawah.
  • Ulang dua kali untuk kuantiti kuah melekat lebih tebal.

 

Sangat mudah dan menarik bukan. Sila cuba resepi di atas dan manjakan selera anda. Selamat memasak.

Share.

Leave A Reply