9 Cara Penjagaan Bayi Oleh Nenek Yang Dilupakan.

| September 30, 2018 | 0 Comments

9 Cara Penjagaan Bayi Oleh Nenek Yang Dilupakan.| KHALIFAH MEDIA NETWORKS – Para Saintis beranggapan bahawa kebanyakan datuk dan nenek pada masa kini masih terikat dengan nasihat orang lama tentang penjagaan anak-anak. Mereka hanya berpegang pada pengalaman peribadi dan nasihat yang tidak digunakan lagi pada masa kini. Malah ada juga beberapa nasihat yang tidak selamat atau berbahaya untuk dipraktikkan.

Berikut adalah antara nasihat yang sering ibu bapa terlepas pandang dan perlu diberi perhatian sewajarnya demi kesejahteraan hidup anak-anak.

 

1. Susu haiwan adalah lebih baik daripada susu formula bayi

Ramai orang menyangka susu formula bayi mengandungi bahan yang berbahaya dan lebih gemar menggunakan susu haiwan untuk bayi mereka.

Namun doktor yakin bahawa perkara ini boleh menjejaskan kesihatan bayi atas sebab-sebab berikut.

  • Susu haiwan mengandungi banyak mineral yang tidak mampu diproses oleh ginjal bayi.
  • Susu haiwan tidak mengandungi kandungan iron yang mencukupi dan boleh menyebabkan bayi kekurangan zat besi.
  • Bayi mungkin alergik pada susu haiwan.
  • Komposisi susu haiwan yang tidak seimbang boleh menyebabkan bayi terlebih berat badan.Oleh itu, susu haiwan disyorkan kepada bayi yang berusia lebih dari setahun sahaja.

 

2. Memberi makan kepada bayi secepat mungkin

Ibu bapa muda sering mendengar bahawa ia disyorkan untuk memberi kuning telur panggang kepada bayi berusia 3 bulan dan makanan bijirin kepada bayi berusia 4 bulan. Namun doktor tidak fikir ia adalah nasihat yang baik.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), makanan pelengkap harus diberikan kepada bayi yang berusia 6 bulan ke atas.

 

3. Memberi makan kepada bayi mengikut jadual

Bukan sahaja datuk dan nenek mengesyorkan supaya memberi makan kepada bayi mengikut jadual malah beberapa doktor juga turut berpendapat yang sama. Tetapi sebenarnya kaedah ini akan memenatkan ibu dan juga bayi.

Pediatrik berpendapat sekiranya bayi masih minum susu ibu adalah lebih bagus jika ibu menyusukan bayi mereka mengikut permintaan bayi dan bukannya mengikut jadual.

Namun kaedah ini tidak sesuai digunakan jika ibu menggunakan susu formula kerana terdapat jadual makan tertentu yang perlu dipatuhi.

 

4. Bayi perlu tidur dalam keadaan yang sunyi

Dalam keadaan bising memang sukar bagi orang dewasa untuk tidur namun tidak bagi bayi. Bayi sebenarnya boleh tidur dalam suasana yang bising sama ada jika ibu bercakap di telefon atau bunyi air yang keluar di bilik mandi.

Bayi juga boleh tidur sekiranya anda anda sedang mengemas rumah menggunakan pembersih vakum atau mencuci pinggan mangkuk di dapur.

 

5. Bayi perlu tidur dalam keadaan meniarap

Nasihat ini agak logik dengan tujuan supaya bayi tidak tercekik ketika tidur. Namun doktor mendapati kaedah tidur secara meniarap ini lebih berbahaya kerana boleh menyebabkan saluran udara terhalang.

Selain itu, ia memberi tekanan pada abdomen bayi dan menyebabkan badan bayi terlebih panas.

Oleh itu, pakar mengesyorkan ibu bapa perlu menidurkan bayi mereka dalam keadaan baring dengan memusingkan kepala ke satu arah.

 

6. Bayi mesti menggunakan bantal dan selimut ketika tidur

Nenek sering menasihatkan ibu-ibu masa kini supaya menggunakan bantal dan selimut ketika hendak menidurkan bayi.

Namun doktor mengingatkan kita berulang kali agar tidak ada bantal, selimut atau mainan berdekatan dengan bayi yang hendak tidur kerana ia boleh menyebabkan asfiksia (keadaan sukar bernafas kerana kekurangan oksigen dalam darah sehingga boleh menyebabkan kematian).

Jika suhu bilik terlalu sejuk, pakaikan bayi pijama dan bukannya selimut.

 

7. Untuk menenangkan bayi, ibu bapa harus mencelupkan puting bayi ke dalam manisan

Ramai nenek yang mencadangkan dengan mencelupkan puting bayi ke dalam madu atau mentega kacang dapat menenangkan bayi yang menangis. Namun pediatrik menentang kaedah ini.

Ini kerana, manisan boleh mendatangkan alergik dan anda tidak tahu betapa bahayanya ia kepada bayi. Selain itu, jika gigi bayi sudah tumbuh, manisan boleh menyebabkan kaviti dan botulisme (sejenis keracunan makanan yang teruk yang disebabkan oleh botulin dalam makanan yang tidak diawet dengan sempurna).

Selain itu, dapatkan nasihat dari doktor sama ada bayi anda perlukan puting atau tidak.

 

8. Keadaan rumah mestilah sehangat yang mungkin

Sebenarnya nasihat ini tidak tepat. Keadaan yang terlalu hangat sangat berbahaya kerana ia boleh menyebabkan hipotermia (keadaan suhu badan yang jauh lebih rendah daripada paras normal yang boleh menyebabkan pitam, pengsan dan sebagainya).

Ia disyorkan untuk mengekalkan keadaan suhu bilik antara 15 hingga 20 darjah celsius. Saintis juga mendakwa suhu ini sesuai untuk bayi tidur dengan baik.

Selain itu, di dalam bilik sejuk, membran mukus hidung tidak kering dan bayi lebih mudah bernafas.

 

9. Kaki bayi yang tidak dibedung akan pengkar ke dalam

Anda pasti pernah mendengar orang-orang lama akan menegur atau marah jika ibu bapa muda tidak membedung bayi bukan? Ini kerana menurut mereka, kaki bayi akan pengkar ke dalam sekiranya bayi tidak dibedung.

Namun, menurut pediatrik membedung bayi terlalu kuat akan menyebabkan dysplasia ( pembentukan tisu, sel dan organ yang tidak normal) pinggul.

Ibu-ibu boleh membedung bayi jika mendapati bayi mereka mengalami gangguan neurologi atau kembung perut yang kuat dengan tujuan untuk menenangkan mereka. Namun jika bayi tertidur tanpa sebarang masalah, anda tidak perlu membedung mereka.

Mungkin datuk nenek kita melakukan kesilapan dalam penjagaan bayi namun jangan dilupakan bahawa mereka mempunyai banyak pengalaman dan maklumat yang berguna.

Anda perlu bersabar dan gunakan pendekatan yang baik untuk menerangkan kepada mereka bahawa kaedah penjagaan anak yang lama tersebut adalah salah.

Mungkin dengan cara mengajak datuk dan nenek berjumpa pediatrik ketika anda membawa bayi anda dapat memberikan mereka informasi terbaharu.

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: TIPS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *