Benarkah Michael Ang Masuk Islam ? Firdaus Wong Berita KISAH SEBENAR

| April 29, 2019 | 0 Comments

Benarkah Michael Ang Masuk Islam ? Ini Jawapan SEBENAR Firdaus Wong | Viral di laman sosial desas desus Michael Ang masuk Islam. Lepas setahun berdiam diri, akhirnya Firdaus Wong beritahu KISAH SEBENAR yang lebih mengejutkan lagi. Baca selanjutnya.

ALLAHUAKBAR BENAR MICHAEL ANG MASUK ISLAM SUDAH SETAHUN

Ramai yang mesej bertanya apakah benar Michael Ang telah memeluk Islam? Memandangkan @michaelang38 dah kongsikan, maka saya juga turut ingin kongsikan berita gembira ini.

Alhamdulilah. Ya benar beliau telah memeluk agama Islam lebih setahun lepas bersama saya dan Sheikh Hussain Yee dan segala urusan pendaftarannya diuruskan oleh NGO saya iaitu Multiracial Reverted Muslims – MRM. Majlis pengIslaman berlangsung sederhana sahaja di rumah beliau. Kami berjanji merahsiakan sehingga beliau sendiri bersedia.

Alhamdulilah Alhamdulilah Alhamdulilah.. Selamat kembali ke agama Islam, Michael.. Bagilah ruang dan peluang untuk beliau mendalami agama Islam mengikut kemampuan dan kelajuannya yang tersendiri. Jangan sindir dan perli tetapi berikan motivasi dan dorongan bukan sahaja untuk beliau tetapi kepada semua yang mahu kembali kepada Islam.

Jangan lupa untuk SHARE berita gembira ni. ALLAHUAKBAR !!!


#islam #muslim #dakwah #firdauswong #multiracialrevertedmuslims #michaelang #chinesemuslim #cinamuslim #muallafcina @ Multiracial Reverted Muslims – MRM

Sumber: Fb Firdaus Wong

Tags: , , , ,

Category: AGAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *