Inilah 10 Punca Gusi Bengkak Yang Ramai Orang Tak Tahu.

| March 3, 2019 | 0 Comments

Inilah 10 Punca Gusi Bengkak Yang Ramai Orang Tak Tahu. | KHALIFAH MEDIA NETWORKS – Orang kata, selepas bersalin, sakit gigi dan bengkak gusi adalah kesakitan kedua yang paling teruk di dunia.

Inilah 10 Punca Gusi Bengkak Yang Ramai Orang Tak Tahu.

Gusi bengkak bukan sahaja akan menyebabkan kerja anda tergendala, malah kalau dibiarkan, ia akan menjadi semakin teruk dan jangkitan kuman mungkin berlaku lalu terbentuknya nanah. Gusi anda sedang bengkak? Jom kami kongsikan punca gusi bengkak sebagai panduan anda.

1. Perubahan hormon
Tahukah anda, perubahan hormon yang berlaku dalam tubuh badan boleh menjadi ounca gusi anda bengkak. Perubahan hormon mungkin berlaku disebabkan oleh kehamilan, menyusukan anak, mengambil pil perancang, malah sesetengah ubat yang diberikan oleh doktor boleh menyebabkan hormon dalam badan anda berubah dan bercelaru. Jika gusi anda bengkak disebabkan oleh perubahan hormon, ianya akan hilang apabila hormon anda stabil semula.

2. Merokok
Kalau anda adalah seorang perokok, gusi bengkak adalah masalah normal yang anda akan hadapi. Kenapa ianya berlaku? Apabila anda merokok, bahan kimia dalam rokok dan asap yang anda sedut akan mengganggu fungsi normal sel tisu gusi dan merokok juga akan menyebabkan mulut serta gusi anda kurang daya tahan untuk melawan jangkitan seperti penyakit gusi. Itulah sebababnya gusi seorang perokok mudah bengkak.

3. Gigi rosak atau berlubang
Kalau gigi anda rosak atau berlubang, ia juga akan menjadi punca bengkak gusi yang anda alami. Ini kerana gigi yang rosak dan berlubang akan menjadi tempat bakteria berkumpul lalu menyebabkan berlakunya jangkitan kepada gusi lalu membengkak.

4. Sakit gigi
Punca bengkak gusi yang seterusnya ialah sakit gigi. Apabila anda mengalami sakit gigi, akan berlaku radang kepada gusi anda lalu menyebabkan berlakunya bengkak gusi. Jika gusi anda bengkak, doktor tidak akan mencabut gigi anda sehingga bengkak gusi anda reda bagi mengelakkan berlakunya komplikasi seperti jangkitan kuman atau pendarahan yang serius.

5. Plak
Jika anda mempunyai masalah plak pada gigi, ia juga boleh menjadi punca masalah gusi bengkak yang anda alami. Apa yang dimaksudkan dengan plak pada gigi? Dari segi pergigian, plak merupakan sejenis lapisan tebal bakteria yang terbentuk di atas gusi dan gigi. Ia boleh berlaku walau pun anda memberus gigi setiap hari.

Keharidan plak pada gigi dan gusi anda akan menyebabkan anda kerap mengalami bengkak gusi. Oleh itu, untuk mengatasi masalah be ngkak gusi yang berpanjangan, anda boleh atasinya dengan cara menghilangkan plak pada gigi. Plak boleh dihilangkan dengan mendapatkan rawatan di klinik gigi. Anda juga boleh mencegah plak dengan cara memberus dan memflos gigi serta berkumur setiap kali selepas makan.

6. Karang gigi
Karang gigi adalah lapisan keras yang wujud di atas gusi, di bahagian dasar gigi anda. Karang gigi yang mula tumbuh akan menjadi semakin serius dan menghakis gigi anda jika dibiarkan tanpa rawatan. Selain merosakkan gigi, karang gigi juga merupakan salah satu punca bengkak gusi yang ramai orang tak tahu. Oleh itu, kalau anda selalu bengkak gusi dan mempunyai masalah karang gigi, sila dapatkan rawatan membuang karang gigi di klinik gigi dengan segera.

7. Ubat-ubatan
Tadi kami ada menyatakan bahawa sesetengah ubat yang diberikan oleh doktor boleh menjadi punca bengkak gigi dengan cara menyebabkan kecelaruan hormon dalam tubuh badan anda. Yang sebenarnya, ada satu lagi cara bagaimana ubat menjadi punca bengkak gusi.

Sesetengah ubat yang diberikan oleh hospital dan klinik di Malaysia telah dikenal-pasti mempunyai kesan sampingan kepada pesakit di mana ia mengganggu penghasilan dan pengaliran air liur lalu menyebabkan mulut pesakit menjadi kering. Apabila mulut berada dalam keadaan yang kering, ia akan memberikan peluang kepada bakteria untuk merebak dengan mudah.

Bakteria yang banyak dalam mulut akan menyebabkan berlakunya jangkitan pada gusi lalu berlakunya bengkak gusi. Oleh itu, jika anda selalu bengkak gusi selepas mula makan sebarang ubat, berjumpa doktor anda untuk berbincang dan seeloknya tukar kepada ubat baru supaya masalah gusi bengkak tidak terus menghantui anda.

8. Kurang Vitamin C
Jika anda selalu mengalami bengkak gusi dan gusi berdarah setiap kali memberus gigi, ia adalah di antara petanda bahawa anda mempunyai masalah kekurangan vitamin C. Memandangkan kekurangan vitamin C adalah punca bengkak gusi yang anda alami, oleh itu pastikan anda mendapat dos vitamin C yang secukupnya setiap hari.

Utamakan sumber vitamin C yang semulajadi dari buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin C seperti:

Buah jambu batu
Oren
Strawberi
Tomato
Kiwi
Betik
Brokoli
Kobis

Jika anda tidak mampu untuk mendapatkan sumber vitamin C dari buah-buahan dan sayur-sayuran, sebagai alternatif anda juga boleh mengambil pil vitamin C setiap hari. Namun pastikan pil yang anda pilih adalah semulajadi dan tidak melebihi dos harian yang dicadangkan oleh Badan Kesihatan Dunia atau Worls Health Organization ( WHO ).

9. Kurang minum air
Punca bengkak gusi yang seterusnya ialah kurang minum air. Kekurangan air dalam badan akan menyebabkan mulut anda menjadi kering lalu menjadi punca bakteria membiak dengan banyak dalam mulut anda. Sama seperti ubat yang menyebabkan air liur anda menjadi kering. Oleh itu, pastikan anda minum air yang secukupnya setiap hari bagi mengelakkan daripada terkena masalah bengkak gusi.

10. Diet tinggi gula
Tahukah anda, pemakanan harian yang terlalu tinggi dengan gula juga boleh menjadi punca bengkak gigi. Oleh itu, jaga pemakanan anda. Kurangkan gula dalam makanan.

Itulah dia 10 punca bengkak gusi yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat.

Tags: , , , , ,

Category: KESIHATAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *