Inilah 11 Khasiat Kenapa Kita Perlu Amalkan Minum Air Barli.

| October 15, 2018 | 0 Comments

Inilah 11 Khasiat Kenapa Kita Perlu Amalkan Minum Air Barli. | KHALIFAH MEDIA NETWORKS –  Tidak tahu untuk memilih air apa yang mahu diminum sewaktu memesan di kedai makan? Selalunya apabila kita berada di kedai makan fikiran melayang-layang untuk minum air yang sedap-sedap. Air seperti milo, nescafe, teh ais dan sebagainya mula menghujani fikiran.

Pernah merasai air barli?? Mungkin air barli adalah minuman favorite ada diantara anda…betul tak?

Barli atau nama botaninya Hordeum Vulgarie dikatakan bijirin pertama yang telah ditanam di timur tengah kira-kira 9000 tahun dan mungkin juga merupakan bijirin terawal dan paling penting pada ketika itu. Isi rong atau bijirin barli boleh dijadikan tepung, emping dan bran. Batangnya boleh dijadikan kertas dan bahan pembinan manakala keseluruhan tanaman boleh dijadiikan sebagai makanan haiwan ternakan.

Bijirin barli merupakan sumber terbaik serat pemakanan, protein dan karbohidrat kompleks serta vitamin dan galian.

Terdapat dua jenis serat pemakanan iaitu mudah dilarutkan dan tidak mudah dilarutkan. Barli mempunyai kedua-dua jenis serat ini merupakan sumber terbaik serat yang mudah dilarut. Serat yang tidak mudah larut dalam barli adalah penting bagi memastikan usus dapat berfungsi dengan sihat.

1. Beta-glucan adalah bahan utama dalam serat mudah larut yang didapati daripada isi rong. Barli daripada variety ‘waxy’ lebih tinggi kandungan beta-glucan daripada jenis barli lain.

 

2. Tahap beta-glucan yang tinggi dalam variety barli ini dikatakan bertanggungjawab dalam meningkatkan tahap glukosa dan lemak dalam darah di kalangan pesakit diabetes tahap 2.

 

3. Pesakit diabetes perlu mengawasi tahap gula dalam darah dengan berhati-hati. Jika memakan barli dalam jumlah yang signifikan atau dimakan sebagai makanan tambahan. Hipoglisemia (gula dalam darah rendah) boleh berlaku.

 

4. Tokotrienol dan tokoferol (tokol) merupakan minyak yang bertindak sebagai antioksida semula jadi. Antioksida membantu meneutralkan radikal bebas dan boleh mengurangkan risiko penyakit barah dan jantung. Barli mengandungi tokol yang tinggi.

 

5. Biji barli juga digunakan sebagai ramuan tampal untuk luka dan luka akibat terbakar.

 

6. Bijirin barli juga dikatakan boleh membantu dalam menghilangkan berat badan kerana ia bertindak sebagai penahan selera makan.

 

7. Barli juga mampu mengurangkan tekanan darah. Dikatakan dengan memakan barli mampu merendahkan kolesterol LDL atau kolesterol jahat. Ini mampu mengurangkan risiko penyakit jantung.

 

8. Dikatakan juga antioksidan yang terdapat di dalam barli mampu membantu anda kelihatan lebih muda.

 

9. Ini adalah kerana barli mampu membantu membuang toksin daripada tubuh sekali gus mampu memberikan anda penampilan lebih muda dan kulit lebih sihat.

 

10. Barli juga dikatakan kaya dengan selenium. Selenium mampu mengekalkan keanjalan kulit dan memperbaiki fungsi tubuh.

 

11. Anda yang mengalami masalah rambut dikatakan baik mengambil barli. Ini kerana barli mengandungi sejumlah garam galian, vitamin dan antioksidan yang diperlukan untuk penghasilan rambut sihat.

 

Cara-Cara Buat Air Barli :

BAHAN-BAHAN

3 sudu besar Biji Barli
2-3 sudu kecil Madu
3 gelas air
1 hirisan lemon

NOTE: Ini sukatan untuk satu gelas. Kalau nak lebih, tambahkan lagi air.

CARA-CARA

  • Sebelum rebus barli tu, korang basuh dan rendam dulu 2-3 jam.
  • Pastu rebus dengan sukatan 3 gelas air. Gunakan api yang kecil atau sederhana.
  • Rebus sehingga dapat 1 gelas air rebusan barli dan barli dah nampak empuk.
  • Kemudian sejukkan.
  • Bila dah sejuk, tuang ke dalam gelas dan masukkan 2-3 sudu madu asli (Boleh juga nak ganti dengan gula).
  • Perahkan sedikit lemon atau masukkan hirisan lemon ke dalam gelas. Kacau rata.

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: KESIHATAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *