Inilah 21 Khasiat Power Buah Pelaga Yang Anda Perlu Tahu.

| October 29, 2018 | 0 Comments

Inilah 21 Khasiat Power Buah Pelaga Yang Anda Perlu Tahu. | KHALIFAH MEDIA NETWORKS – Anda kenal buah pelaga? Buah pelaga, diantara rempah ratus paling tertua di dunia.Buah pelaga adalah rempah ketiga paling mahal di dunia dan dianggap sebagai “Ratu Rempah”. Benih mempunyai aroma manis dan rasa sedikit pedas. Minyak patinya diperolehi dari biji melalui penyulingan stim. Hampas minyak dan damar digunakan dalam perprosesan makanan, minuman beralkohol dan minyak wangi.

Buah pelaga biasanya digunakan untuk menambahkan rasa dalam makanan seperti sup, kari, ayam masak merah, masak kicap, dan sebagainya. Selain melazatkan makanan, buah pelaga juga mempunyai pelbagai khasiat lain kepada tubuh badan. Jom kami kongsikan khasiat buah pelaga yang pasti mengejutkan anda.

1. Membersihkan gigi

Buah pelaga telah digunakan untuk membersihkan gigi sejak zaman dahulu kala lagi. Ia dikatakan dimulakan oleh orang Mesir kuno. Macam mana nak gunakan buah pelaga untuk mencuci gigi? Caranya mudah sahaja. Ambil 3 biji buah pelaga dan kunyah menggunakan semua gigi yang ada. Kemudian ludah dan berkumur sehingga bersih. Anda bolehlah cuba.

2. Pewangi badan

Selain membersihkan gigi, orang zaman dahulu kala juga menggunakan buah pelaga sebagai salah satu daripada bahan untuk membuat minyak wangi. Gabungan buah pelaga dan herba-herba yang lain menghasilkan minyak wangi yang sangat menyegarkan.

3. Menghilangkan batuk

Jika anda mengalami batuk, boleh gunakan buah pelaga untuk melegakan batuk yang dialami. Caranya:

  • Ambil 5 biji buah pelaga, 1 inci halia, 1 biji lemon, 1 sudu besar madu asli
  • Ketuk halia, hiris lemon kepada hirisan yang nipis
  • Masukkan kesemua bahan kecuali madu asli ke dalam periuk berisi air dan rebus sehingga mendidih
  • Sejukkan sehingga menjadi suam
  • Masukkan madu
  • Minum seperti air kosong
  • Amalkan sehingga batuk anda hilang

 

4. Menghilangkan masalah mulut berbau

Tahukah anda, minyak pati buah pelaga merupakan salah satu bahan yang terdapat dalam chewing gum? Sekiranya anda mempunyai masalah mulut berbau, boleh amalkan mengunyah buah pelaga setiap pagi. Mulut anda akan berbau buah pelaga dan sekali gus tiada lagi bau busuk.

5. Menurunkan berat badan

Apa yang paling menarik, buah pelaga juga boleh menurunkan berat badan. Caranya:

  • Ambil 3 biji buah pelaga
  • Kisar kering
  • Masukkan kedalam satu gelas air panas
  • Minum sebelum makan, setiap hari

Sekiranya anda tidak tahan dengan rasa teh buah pelaga menggunakan resepi diatas, anda boleh gunakan resepi teh pelaga yang kedua iaitu:

  • Rendamkan 3 biji buah pelaga ke dalam satu gelas air panas mendidih
  • Tunggu sehingga suam
  • Minum sebelum makan, setiap hari

 

6. Anti kanser

Hasil sebuah kajian yang dijalankan oleh Institut Kanser Kebangsaan India di Kolkata telah mendapati bahawa sebanyak 48% daripada pesakit kanser kolon yang mengamalkan makan buah pelaga setiap hari semakin pulih dari kanser.

7. Menjaga kesihatan jantung

Buah pelaga membantu menstabilkan rentak degupan jantung, dan ianya sangat sesuai untuk pesakit jantung dan mereka yang mementingkan kesihatan jantung.

8. Mengawal tahap kolesterol dalam darah

Buah pelaga mengandungi enzim antioksida yang mampu mengawal tahap kolesterol dalam darah. Bukan itu sahaja. buah pelaga juga mampu mengatasi masalah lonjakan lipid dalam tubuh badan.

9. Menjaga kesihatan usus

Sejak dulu lagi, buah pelaga digunakan dalam perubatan ayuverda, cina, dan yunani untuk mengubati masalah gangguan gastro usus. Buah pelaga mengandungi metanol yang boleh mengelakkan penyakit seperti kembung, asid berlebihan, cramp perut, dan sebagainya.

10. Merawat jangkitan saluran kencing

Selain menjaga kesihatan usus, perubatan ayurveda dan yunani juga menggunakan buah pelaga telah mengubati jangkitan saluran kencing dan masalah lain seperti cystitis, nefritis, dan gonorrhoea.

11. Melawan jangkitan kuman, bakteria, dan virus

Buah pelaga bersifat antibakteria dan membantu badan anda melawan jangkitan kuman, bakteria dan virus.

12. Anti kemurungan

Pati minyak buah pelaga merupakan salah satu daripada minyak yang biasa diguna dalam terapi aroma untuk menghilangkan kemurungan. Sekiranya anda berasa stress atau terlalu tertekan, bolehlah dapatkan pati minyak buah pelaga dan masukkan ke dalam diffuser.

 

13. Mengawal masalah kekejangan otot

Masalah kekejangan otot biasanya berlaku kepada golongon tua dan wanita mengandung. Pengambilan buah pelaga dalam menu harian mampu mengurangkan masalah kekejangan otot yang anda hadapi.

14. Menghilangkan sakit gigi

Perubatan cina menggunakan buah pelaga sebagai ubat sakit gigi. Caranya:

  • Tumbuk buah pelaga sehingga halus
  • Tampalkan serbuk pelaga tadi ke gigi yang sakit

 

15. Mengubati asma atau lelah

Ekstrak buah pala mempunyai kemampuan untuk membuka semula salur angin yang menyempit akibat serangan asma. Anda boleh berikan teh buah pelaga kepada mereka yang sedang mengalami serangan asma. Cara menyediakan teh tersebut ialah:

  • Rendamkan 3 biji buah pelaga ke dalam satu gelas air panas mendidih
  • Tunggu sehingga suam

 

16. Detox

Minyak Pati yang ada dalam buah pelaga mampu memberikan kesan detox kepada tubuh badan anda.

17. Mengatasi loya dan muntah-muntah

Anda juga boleh minum teh buah pelaga untuk menghilangkan masalah loya dan muntah-muntah.

18. Membaiki sistem peredaran darah

Satu lagi khasiat buah pelaga jika diambil secara konsisten setiap hari ialah membantu meningkatkan peredaran darah didalam badan.

 

19. Mengatasi masalah mati pucuk

Buah pelaga bersifat afrosidiak iaitu mampu mengatasi masalah mati pucuk & ejakulasi pra matang di kalangan lelaki.

20. Menghilangkan sakit tekak

Anda boleh gunakan buah pelaga untuk menghilangkan sakit tekak. Caranya:

  • Rendam 3 biji buah pelaga & satu batang kulit kayu manis bersama satu gelas air panas
  • Tunggu sehingga suam
  • Minum sehingga tekak anda pulih semula

 

21. Menghilangkan sesedu

Jika anda mengalami sesedu, boleh juga minum teh buah pelaga. Ia akan membantu menghilangkan sesedu anda dengan cepat.

Itulah dia 21 khasiat buah pelaga yang ingin kami kongsikan kepada anda pada hari ini. Semoga bermanfaat.

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: INFORMASI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *