Inilah 24 Khasiat Jintan Putih Yang Ramai Orang Tak Tahu. Boleh Cuba!

| October 27, 2018 | 0 Comments

Inilah 24 Khasiat Jintan Putih Yang Ramai Orang Tak Tahu. Boleh Cuba!| KHALIFAH MEDIA NETWORKS – Penggunaan rempah-ratus di dalam masakan Melayu mampu membangkitkan selera. Sekaligus menjadikan ia hidangan yang cukup istimewa. Namun tidak ramai yang tahu khasiat di sebalik penggunaan rempah yang mempunyai khasiat perubatan yang cukup baik.

Boleh dikatakan semua dapur mempunyai jintan putih. Jintan putih biadanya dimasukkan kedalam makanan untuk menyedapkan & menaikkan aroma makanan yang dimasak.

Tahukah anda, yang sebenarnya jintan putih mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan anda. Jom kami kongsikan khasiat jintan putih yang pasti mengejutkan anda.

 

1. Melangsingkan badan

Tak ramai yang tahu bahawa jintan putih bukan sahaja menyedapkan makanan malah membantu melangsingkan tubuh badan. Untuk mendapatkan badan yang cantik dan langsing, anda boleh amalkan teh jintan putih setiap pagi dan malam. Cara menyediakan teh jintan putih adalah seperti berikut:

Bahan-Bahannya:

  • 1 sudu besar jintan putih
  • 2 gelas air kosong
  • 1 inci serai
  • 1 inci halia
  • 1 sudu besar madu asli

Caranya:

  1. Masukkan air bersama jintan putih, halia dan serai ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih
  2. Apabila mendidih, tutup api & tutup periuk. Biarkan sehingga suam
  3. Setelah suam, tapis dan tuang ke dalam gelas. Masukkan madu. Kacau sehingga sebati
  4. Minum pagi dan petang setiap hari

 

2. Meningkatkan sel darah merah

Jintan putih kaya dengan tembaga yang membantu meningkatkan jumlah sel darah merah dalam badan. Sekiranya anda mempunyai masalah anemia, jintan putih merupakan alternatif yang baik untuk anda selain makan ubat yang dibekalkan oleh pihak hospital.

3. Membantu pembentukan sel darah merah

Selain tembaga, jintan putih juga mengandung kandungan zat besi yang sangat tinggi. Zat besi membantu pembentukan sel darah merah dengan kadar yang cepat. Lagi cepat sel darah merah terbentuk, lagi cepat anda akan pulih dari masalah kekurangan darah.

 

4. Meningkatkan kesuburan

Kandungan zink dalam jintan manis membantu meningkatkan kesuburan anda dan pasangan & memulihkan kesihatan sistem reproduktif.

5. Menyihatkan sistem penghadaman

Jintan manis juga menyihatkan sistem penghadaman anda melalui kandungan zink yang tinggi.

6. Menggalakkan pertumbuhan fizikal

Jintan manis sangat baik untuk kanak-kanak kerana ia membantu menggalakkan pertumbuhan fizikal secara optimum.

7. Menjaga kesihatan jantung

Jintan putih mengandungi kandungan potassium yang tinggi. Salah satu daripada fungsi potassium ialah menjada kesihatan jantung.

8. Mengawal tekanan darah

Selain menjaga kesihatan jantung, potassium dalam jintan putih juga membantu mengawal tekanan darah dalam tubuh badan anda.

9. Antioksida

Jintan putih juga telah dikenal pasti sebagai ejen antioksida yang sangat baik untuk tubuh badan anda.

10. Mengawal selera makan

Anda yang sedang berusaha untuk menguruskan badan boleh cuba mengunyah jintan putih mentah. Apabila dikunyah, jintan putih akan mengeluarkan rasa pahit yang menyebabkan selera makan anda akan terbantut.

11. Mengawal gejala PMS

Jika anda sering mengalami gejala PMS seperti mood swing, senggugut, kembung, sakit pinggang, dan lenguh-lenguh badan, anda boleh masukkan jintan manis ke dalam makanan anda untuk mengurangkan simptom PMS yang sedang dihadapi.

12. Mengurangkan simptom menopos

Wanita yanghampit menopos juga akan mengalami beberapa simptom seperti sakit kepala, kekeringan semasa melakukan hubungan seks, mood swing, sukar tidur, dan sebagainya. Pengambilan jintan putih dalam menu harian membantu mengurangkan simptom-simptom tersebut.

13. Mencuci usus

Jintan putih mempunyai kadar serat yang tingi yang membantu mencuci segala toksin dan kotoran dari usus kecil dan usus besar anda. Usus yang bersih akan meningkatkan proses pencernaan dan mengelakkan masalah sembelit atau cirit-birit.

14. Membunuh sel kanser

Satu lagi fungsi jintan manis ialah membunuh sel kanser yang terdapat dalam badan anda. Ia mengelakkan kanser menjadi semakin besar & mengelakkan masalah kanser berulang.

15. Milk booster

Perasan tak, susu anda akan menjadi semakin meriah setiap kali anda makan makanan yang mengandungi jintan putih? Ini kerana jintan manis merupakan salah satu daripada makanan penggalak susu yang murah dan mudah untuk diperolehi.

16. Menghilangkan kegatalan

Jika anda mengalami masalah kegatalan kulit, rendam jintan manis didalam air panas dan sapukan pada kulit yang gatal

17. Mengurunkan suhu badan

Anda juga boleh menurunkan suhu badan yang demam dengan menggunakan jintan putih. Caranya:

  • Rendam jintan putih dalam air panas
  • Basahkan tuala kecil dengan air tadi
  • Jerlum badan atau letakkan tuala basah tadi diatas dahi

18. Awet muda

Jika anda nak awat muda, boleh amalkan mencuci muka dengan air rendaman jintan putih setiap pagi.

19. Menghilangkan kembung

Jintan putih membantu menghilangkan kembung perut akibat masalah ketidak hadaman, radang perut dan asid berlebihan dalam usus.

 

20. Mengawal tahap kolesterol dalam darah

Jintan putih mengandungi vitamin A,B, dan C yang membantu mengurangkan kadar kolesterol berbahaya dalam badan.

21. Menjaga kesihatan sendi dan otot

Jintan putih mengandungi anethole yang berfungsi untuk merawat masalah bengkak atau keradangan pada sendi, tulang dan otot.

22. Menyegarkan nafas

Sekiranya anda mempunyai masalah nafas berbau, anda boleh gunakan air kumuran jintan putih untuk mengatasi masalah tersebut. Caranya:

  • Rendam jintan putih dalam segelas air panas
  • Tunggu sehingga suam
  • Gunakan untuk berkumur setiap pagi

 

23. Merawat sakit mata

Jika anda terkena sakit mata, boleh gunakan jintan putih untuk menghilangkannya dengan cepat. Caranya:

  • Rendam jintan putih dalam segelas air panas
  • Tunggu sehingga suam
  • Basahkan tuala kecil dengan air rendaman tadi dan tekapkan pada mata yang dijangkiti

24. Melegakan batuk berkahak

Akhir sekali, jintan putih juga boleh digunakan untuk menghilangkan masalah batuk berkahak. Caranya:

  • Rebus sayu sudu jintan putih, lemon, dan madu bersama 2 gelas air sehingga mendidih
  • Tunggu sehingga suam
  • Minum sekerap yang mampu
  • Air rebusan itu akan mencairkan kahak serta melegakan batuk yang anda hadapi

Itulah dia 24 khasiat jintan putih yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Sebenarnya, banyak bahan kat dapur tu boleh jadi ubat dan penawar. Tapi kita ni nak cepat, cari ubat la senang kan. Lagipun nak telan penawar traditional ni tak tau lagi kesan pada tubuh.Sesuai ke tidak, tu yang tak cuba kan.

Tapi yang ni simple je.. Cuma air jintan manis… Takde kesan sampingan yang memudharatkan asalkan untuk permulaan cuba la sikit dulu dan jangan kerap… Niat untuk buat penawar diri… Insha Allah.. Ciptaan Allah ada manfaatnya.

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KESIHATAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *