Lelaki Ini Tinggalkan Kerja Di Firma Audit Dan Pulang Tanam Tembikai. Hasilnya MENGEJUTKAN. | KHALIFAH MEDIA NETWORKS – Seorang pemegang ijazah kewangan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) memutuskan untuk berhenti kerja dalam bidang pengauditan untuk menceburi bidang pertanian dan sekarang, dia meraih kejayaan hasil langkah beraninya, lapor The Star.

Lelaki Ini Tinggalkan Kerja Di Firma Audit Dan Pulang Tanam Tembikai. Hasilnya MENGEJUTKAN.

Terdahulu, Azarul Ahmad Puat, 30, bekerja untuk sebuah firma audit selepas menamatkan pengajiannya. Walau bagaimanapun, ternyata pekerjaan itu bukanlah apa yang diimpikannya selama ini.

Azarul melakukan beberapa penyelidikan dan memutuskan untuk meninggalkan Kuala Lumpur dan menubuhkan RAG Land Resources di Kuala Kangsar, Perak. Beliau memulakan perniagaan pertaniannya sendiri dengan penghasilan buah tembikai wangi (rock melon) dan nanas dengan rakannya, Muhamad Ghafari Muhamad Nasir, 30.

Kedua-dua sahabat ini memulakan projek mereka di atas tapak seluas 0.4 hektar di Kampung Sungai Siput, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak dengan menanam timun dan petola pada tahun 2015 dengan modal permulaan sebanyak RM15,000.

“Pada tahun 2016, kami mula menanam tembikai wangi dan nanas. Kedua-dua buah-buahan itu bukan sahaja mudah ditanam, tetapi juga memberikan pulangan yang sangat baik,” katanya ketika diwawancara di ladangnya di Lenggong.

“Satu musim (tiga bulan) untuk tembikai wangi boleh menghasilkan antara RM60,000 hingga RM80,000 dan kami mempunyai 20,000 beg polythene pokok tembikai wangi.”

“Kami juga mempunyai 210,000 pokok nanas di tapak seluas 6.9 hektar di Lenggong dalam dua jenis, Morris dan MD2 hibrid,” katanya.

Walaupun graduan kini mungkin tidak mempertimbangkan untuk bekerja di dalam bidang pertanian sebagai pilihan pertama mereka, namun Azarul menasihatkan para graduan supaya tidak segera meletakkan idea sebegini kerana bidang ini berpotensi memberi pulangan yang sama, atau kadang-kadang lebih bermanfaat daripada pekerjaan biasa.

“Ini tidak bermakna pengajian saya di UiTM adalah sia-sia, kerana pengetahuan perakaunan saya boleh digunakan untuk perniagaan saya,” katanya.

Sementara itu, rakannya Muhamad Ghafari berkata syarikat mereka mempunyai beberapa ladang di Bukit Chandan, Kuala Kangsar; Kampung Gelok, dan Selat Pagar, Lenggong dan mereka telah melabur sebanyak RM4 juta di tapak seluas 16.19 hektar di Taman Pengeluaran Makanan Tetap Manjung (TKPM) setakat ini.

Selain itu, syarikat sahabat ini juga menyediakan pekerjaan kepada warga tempatan dengan gaji bermula dari RM1,500 hingga RM1,800 sebulan.

 

Sumber: The Star

Share.

Leave A Reply