Pahala Istighfar Seorang Anak Bahagiakan Ibu Bapa Yang Telah Meninggal Dunia. ALLAHUAKBAR!!!| KHALIFAH MEDIA NETWORKS – Walaupun mak ayah telah meninggal dunia, seorang anak masih boleh meneruskan baktinya kepada kedua arwah ibu bapanya. Inilah perkongsian istimewa daripada pendakwah bebas, Da’i Hamidah atau nama penuhnya Hamidah Abdul Razak.

Bahagiakan Ibu Bapa

Dengan cara yang paling mudah iaitu melalui istighfar sebanyak-banyaknya. Lagi-lagi untuk anak-anak yang tidak punya apa-apa untuk disedekahkan bagi pihak ibu dan ayah mereka. Mudahkan laluan yang Allah berikan untuk seorang anak ini.

Untuk memahamkan lebih lanjut, hadamkan perkongsian Da’i Hamidah ini.

Duhai Anak Bacalah..

Bagaimana seorang anak ingin berbakti kepada ibu atau ayahnya yang telah meninggal dunia?

Di antaranya ialah dia menjadi hamba Allah Taala yang baik di atas muka bumi ini. Jika ada harta dia bersedekah dengan rezeki harta, jika dia ada ilmu maka dia bersedekah dengan rezeki ilmu. Dan jika dia tidak ada apa-apa maka perbanyakkanlah beristighfar kerana istighfar seorang anak amat membantu ibu bapanya yang telah kembali ke rahmatullah.

Seperti sabda Hadis Nabi SAW : “Sesungguhnya , Allah mengangkat darjat seorang hamba di syurga. Hamba Allah itu berkata , “ Wahai Allah, dari mana aku mendapat kemuliaan ini ? Allah menyatakan , Disebabkan oleh ISTIGHFAR anakmu untuk kamu .” ( HR Ahmad )

Bukan Saja Istighfar Sebanyaknya, Jadilah Anak Yang Baik

Kesimpulan jadilah anak yang baik dan perbanyakkanlah melakukan kebaikan kerana sesungguhnya kebaikan yang kita lakukan menjadi bukti yang kita terlalu menyayangi mereka. Bahkan ini juga bukti kita menyesali di atas salah silap yang kita pernah lakukan sebelum ini.

Dan kita ingin menebusnya dengan melakukan kebaikan demi kebaikan dengan harapan dosa kita tidak dibebankan ke atas mak ayah kita yang telah pergi buat selama-lamanya.

Anak soleh ialah yang tidak pernah lupa untuk mendoakan ibu bapanya !

Saham Akhirat Buat Arwah Abah

Catatan Da’i Hamidah sewaktu menyampaikan dakwah di Masjid Papan, Permatang Pauh, Penang.

6 . 10. 2019
Masjid Papan, Permatang Pauh. Penang
Jazakumullah khoir atas layanan yang cukup baik.
Terima kasih Masjid Papan Penang jemput saya berkongsi ilmu semoga ini menjadi saham akhirat buat abah saya bahagia di sana.

Semoga istighfar yang kita sebutkan dari hati yang paling dalam ini juga dapat menjadi asbab untuk melembutkan jiwa sekaligus membentuk keperibadian yang lebih baik lagi.

Share.

Leave A Reply