Terharu Dengan Akhlak Adam Corrie. Wanita Dari Kuching Mula Belajar Islam. ALLAHUKABAR

| March 19, 2019 | 0 Comments

Terharu Dengan Akhlak Adam Corrie. Wanita Dari Kuching Mula Belajar Islam. ALLAHUKABAR | Kisah dan cerita inspirasi Adam Corrie banyak di laman sosial, dan alhamdulillah, tak sangka menjadi asbab kepada seorang wanita muda dari Kuching mula minat mendalami Islam. Allahukabar. Semoga dia dapat hidayah peluk Islam. Amin. Tolong jangan abaikan artikel ini.

WANITA MUDA SEDANG MENDALAMI ISLAM.

Dalam satu artikel posting tentang kisah Adam Corrie yang dikongsikan di laman sosial FB page Khalifah Media Networks, yang mempunyai 2.2 juta followers, seorang wanita muda memberi komen tentang kisahnya yang sedang mendalami Islam.

“Saya beragama kristian. Tapi sekarang saya dalam proses mgenal Islam dgn lebih mendalam. Saya ingin belajar mgaji, belajar bsolat dan semua mgenai Islam sebelum saya masuk agama Islam. Doakan saya agar dpmudahkan urusan saya utk mengenali Islam.”

Komen tersebut telah mendapat 1000 likes. Dan 197 komen yang rata-rata mendoakan agar hajat wanita tersebut untuk peluk Islam tercapai.

“Syukur alhamdulillah..mendpt hidayah dr Allah SWT moga sis akan kembali kpd fitrah”

“Alhamdulillah cita2 dah ada.cuma skrg usahakan lagi dlm mempelajari agama islam.buat slow2.in sha Allah keindahannya akan terserlah.kami berdoa agar saudari cepat2 diberi hidayah oleh ALLAH.Aamiin”

“Alhmdulillah!!…luv u…klu klu dh ade niat murni tu, prcepatknlah urusun,bab blajar kmudian kira…dri bljarlh bru mngnal islam lbih mndalam….amin!! Smoga diprmudahkn…”

Sumber: Khalifah Media Networks



KISAH ADAM CORRIE DENGAN WANITA TEKAN LOCENG DI RUMAH

Pelakon Corrie atau pemilik nama sebenar Adam Corrie Lee Abdullah tidak perlu diperkenalkan lagi. Adam atau Corrie dilahirkan dalam keluarga berbangsa Cina dan beragama Islam di Pulau Pinang. Merupakan seorang anak tentera.

Beliau boleh berbahasa Kantonis, bahasa Hokkien, bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dengan baik sekali. Seorang pereka tari profesional (koreografer) dan pelakon di Malaysia yang sudah berada dipersada dunia hiburan lebih 30 tahun dengan lakonan filem sebanyak 31 buah filem. Beliau amat dikenali sebagai pelakon antag0nis.

Ramai sedia maklum Corrie merupakan saudara baru atau pun mualaf. Pada 13 Julai 2007, secara rasmi Corrie telah kembali pada fitrah. Corrie giat belajar mengenal Islam sebelum memeluk Islam lagi dan belajar bagaimana solat, serba sedikit mengenai fardhu ain.

Alhamdulillah dengan hidayah yang diberi di ketika usia 39 tahun. Impian pertama sebagai Muslim ialah ingin menjadi tetamu-Nya. Ramai yang tertanya-tanya, bagaimana Corrie boleh peluk Islam ?

Sebab yang pertama adalah Kaabah. Corrier suka melihat Kaabah dan baginya Kaabah membuatkan beliau tenang dan rasa ingin ke sana.

Sebab yang kedua adalah Corrie bersahabat baik dengan seorang anak ustaz yang selalu bawa beliau ke masjid. Corrie juga suka akan akhlak dan cara hidup mereka.

Sebab yang ketiga, Corrie ingin mencari pedoman dan kebenaran dalam hidup. Untuk pengetahuan semua, Corrie juga telah banyak mengkaji agama lain. Indahnya hidayah yang Allah berikan kepada Corrie.

Menerusi akaun Instagram, bapa kepada Adam Fateh Lee ini berkongsi kisah 2 orang wanita yang datang ke rumahnya dan menawarkan buku bible. Baca perkongsian Corrie di bawah :

” Awal pagi tadi.. loceng rumah berbunyi. Kelihatan 2 org wanita berkulit gelap dan berpayung. Saya tanya siapa.. ‘ Today your lucky day. We want to give you a bible book..’ “

” Saya cuma balas ‘ Thank you. I’m Muslim.. ‘. Mereka datang dari rumah ke rumah di kawasan perumahan saya berdakwah tentang agama mereka.. “

” Semoga kita sentiasa menjadi insan yang baik, menjaga akhlak kita dgn sesiapa sahaja walaupun bukan seagama & sebangsa dgn kita. Elakkan kebencian, semaikan kasih sayang.. “

” P/s : gambar pada hari khamis di class @usrahfitrah bersama @adamfatehlee. Saya sebelum Islam pernah baca Bible. Sekarang dah kembali Fitrah Saya perbanyakkanlah tadabur alQuran.. “

Rata-rata netizen bersetuju dengan cara Corrie. Antara komen-komen netizen :

” Allahu.. akhir zaman.. pasakkan ank2 kita dgn aqidah yg betul.. semoga Allah lindungi ank2 dan keturunan kita dr fitnah akhir zaman. bayangkan kalau ank2 tdk mengenal Islam, apa akn jd ye ? sbb tu awal2 agama adalah mengenal Allah.. “

” Baru tadi sy pesan pd anak2 sy.. Kalau ada org nak ajak masuk ke agama mereka.. Jgn ikut.. Walaupun mereka menjanjikan apa²pun.. Nak bgi duit ke apa2 ke.. Jgn terima… Kita tetap islam sampai m4ti… Tetap dgn Agama Allah… “

” Sampai begitu mereka berusaha. Berpesan2 lah pd anak2, keluarga dan saudara seagama agar peka akan sebaran agama lain sebegini.. “

” Alhamdulillah… mg rahmat Allah sentiasa bersama adam dan keluarga jua umat islam seluruhnya… aamiinn.. “

Terima kasih Corrie atas perkongsian ini. Sama-samalah kita sebarkan kasih sayang kerana islam itu indah. Santuni mereka yang lain dengan akhlak seperti mana yang diajarkan oleh Nabi kita, Muhammad SAW.

Semoga Corrie terus istiqamah dan sentiasa menuju ke jalan yang diredhai Allah. Doa yang sama untuk kita semua juga. Semoga Allah tetapkan iman kita. Amin. Kredit Berita Kopak

Tags: , , , , , ,

Category: AGAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *